BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa cicak dalam agar-agar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.

“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jumpa-cicak-dalam-agar-agar-1.192443
 
biasa la tu..perisa tambahan..:D

sekarang ni kualiti makanan dah xdijaga..tu penyakit banyak disebabkan makanan
 
:D kakitangan pejabat kesihatan tuuuu ...
- Tak de tindakan susulan utk penyelesaian bagi mencegah berulang kes cam tu ke ?
-Salah ke kalau siar gambar yg boleh nampak keluaran mana bagi kes camni ?
- :-? Tak mustahil pek yg lain ( selain yg 3 lagi tu ) ada gak benda kotor
 
perisa cicak tu.bukan senang nak jumpe .mungkin edisi terbaru...rasa la dulu baru tau :)
 
alangkan ular bole masuk buluh lemang nikan plak cicak masuk plastik
 
Back
Top
Log in Register