BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Judi wang Baitulmal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.ew-uckziV1.webp


Kuala Lumpur: Dia sepatutnya menggunakan wang bantuan Baitulmal yang diterima untuk meringankan beban keluarga, namun sebaliknya berlaku apabila seorang pemandu teksi sanggup menggunakan wang bantuan itu untuk berjudi kononnya dapat melipatkan gandakan wang diterima itu.

Perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis judi Internet di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, tiga premis judi lain di sekitar ibu kota turut diserbu serentak selepas menerima maklumat orang awam.

Pemandu teksi terbabit yang sempat ditemu bual berkata, pada mulanya dia bermain judi hanya sekadar suka-suka dengan modal RM30 namun lama kelamaan mula ketagih.

Menurutnya, kehidupan keluarganya yang susah dan terpaksa membawa teksi untuk menampung keperluan hidup menyebabkan dia layak menerima bantuan Baitulmal sejak beberapa tahun lalu.





sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/JudiwangBaitulmal//Article
 
bawak teksi bkn kaya ke kerat leher orang..cmne bole tlepas dpt bantuan
 
Aku ingat pekerja baitulmal..tkejut aku...:o :))
rupanya pnerima..bykla kes mcm ni..pnerima Baitulmal,bantuan JKM...ai..
 
bawak teksi bkn kaya ke kerat leher orang..cmne bole tlepas dpt bantuan

Bawak teksi tak seuntung yg disangke
Saingan byk
Ade yg untg byk ade yg untung sikit
Same cam niage gak
Mgkn pakcik nie apply bantuan time zamn sblm die bwk teksi lg kot
 
tarik balik bantuan tu baru tau..tapi kesian anak bini dia pulak... binawee orang dah tolong buat taik plak.
 
serbu2 pn x guna..pastu bkk blk mesin judi haram jadah ni..kasi tutup jela....kongsi gelap punya ma...
 
Back
Top
Log in Register