BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juara kiub Rubik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Collin Burn (kiri) tersenyum selepas berjaya menyiapkan permainan kiub Rubik dalam masa 5.25 saat ketika satu pertandingan yang diadakan di Pennsylvania, baru-baru ini. AGENSI​

PENNSYLVANIA 28 April - Seorang remaja New York, berjaya mencatat rekod dunia apabila menyelesaikan permainan kiub Rubik dalam tempoh 5.25 saat dalam satu pertandingan yang berlangsung di West High School di sini, baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, masa dicatatkan Collin Burn adalah 0.3 saat lebih pantas berbanding rekod pemegang juara dunia sebelum ini.

Tahun lalu, remaja Belanda, Mats Valk berjaya menyelesaikan permainan kiub Rubik dalam masa 5.55 saat.

Dalam video yang ditayangkan di laman YouTube, Burn memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan tersebut ketika pertandingan berkenaan diadakan di bandar Doylestow.

Sebaik sahaja berjaya menyelesaikan permainan itu, Burn dilihat terpinga-pinga sambil memandang masa dicatatkan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Orang ramai di sekelilingnya kemudian bersorak sebelum bersalaman dan memeluknya.

Sementara itu, wakil daripada Persatuan Rubik Dunia (WCA) mengesahkan Burn sebagai juara dunia yang baharu.

“Walaupun keputusan ini belum dimasukkan ke dalam data, tetapi WCA mengesahkan Burn sebagai juara dunia dalam kategori solo 3x3x3,” ujar jurucakap persatuan tersebut.
 
time aku kat uni dlu gile jup main rubik. trend la time tue. kahkah. tp xde laa smpai 5saat gini gila kentang. skang nie rubik jadik penghias table opis je laa. dh mcm jual rubik dh table aku nie. rubik segitiga pon ade.
 
time aku kat uni dlu gile jup main rubik. trend la time tue. kahkah. tp xde laa smpai 5saat gini gila kentang. skang nie rubik jadik penghias table opis je laa. dh mcm jual rubik dh table aku nie. rubik segitiga pon ade.

dulu kecik2 aku pandai settlekan rubik
abg aku ajar
skrg aku dah xreti langsung
penah try nak settlekan tp xboleh
lupa terus teknik main rubik :((
 
member aku terer gak bab rubik nie...dia kopek terus sticker tu..kasi adjust
 
dulu kecik2 aku pandai settlekan rubik
abg aku ajar
skrg aku dah xreti langsung
penah try nak settlekan tp xboleh
lupa terus teknik main rubik :((

ada x ebook kasik tips cane nk main bendalah ni ? heheh

kalo sesape ada, mohon share ya
 
Back
Top
Log in Register