BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual hantu dalam botol

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.

Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya. - Agensi

du_03.1.jpg

WOODBURY menunjukkan salah satu botol kecil mengandungi hantu yang ditangkap.
 
sama mcm kes kat sabak bernam dulu :))
 
Diorang pun pndai dah tngkap buuh dlm botoi..huhuhu.....
 
nak buat apa beli hantu tu....nak dijadikan orang suruhan ker
 
Omputeh pnya hantu species vampire jer..bleh masuk dlm botol ker? klau transform jd kelawar or serigala bleh la masuk dlm sangkar... :D
 
kalau beli pn nak buat apa? musykil aku
 
nak hantukan org la ni
 
Back
Top
Log in Register