BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual anak untuk selamatkan suami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
1970528_1506453342951731_1436909319115339358_n.jpg


NI menawar menjual anaknya. Gambar kecil, suaminya

Fuzhou: Seorang wanita cuba menjual bayi perempuannya di jalan raya dalam usaha mengumpul wang untuk membayar kos rawatan suaminya yang cedera parah.

Wanita berkenaan, Ni Qiong, dilihat melutut berhampiran perhentian bas sebuah hospital di sini sambil memegang poster kecil berbunyi: “Saya ingin jual anak saya: Majikan menghilangkan diri selepas suami saya cedera ketika bekerja. Kami tidak mampu membayar kos rawatan. Saya berharap untuk menjual anak saya untuk menyelamatkan bapanya.”

Orang ramai yang lalu-lalang di depannya memberinya wang. Ada juga yang memberinya makanan, tetapi Ni masih menangis sambil menggendong bayi itu di belakangnya sementara dua lagi anak perempuannya berdiri berhampiran.

Suaminya, Zhou Guixing jatuh dari bangunan tiga tingkat ketika bekerja Khamis lalu.

Majikannya hanya memberikan suaminya pampasan wang hanya berjumlah 7,000 yuan (RM3,940) sebelum menghilangkan diri.
 
Orang kaya ramai.. Tapi yang sangat susah tetap ada..:(
 
Back
Top
Log in Register