BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual air jambu sara hidup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Anak Norazila turut membantu di gerai jualan air jambu di Kampung Bator.
< 1 / 1 >
BACHOK - Seorang wanita terpaksa berjalan kaki sejauh 30 kilometer dari Kampung Bator sambil membawa tiga anaknya untuk mengemis di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu.

Hasil itulah yang digunakan untuk modal pusingan jualan air jambu yang diusahakan di depan rumahnya sejak dua minggu lalu.

Norazila Abas, 40, sebelum ini pernah berniaga air kelapa di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, namun terpaksa berpindah ke Kampung Bator kerana kadar sewa rumah di kampung itu lebih murah.

Ibu lima anak ini berkata, untuk mendapatkan modal pusingan berniaga, dia terpaksa berjalan kaki ke Kota Bharu untuk mengemis selepas permohonannya untuk mendapatkan bantuan kewangan ditolak oleh agensi berkaitan.

“Kadang-kadang kami sekeluarga terpaksa minta sumbangan orang yang lalu-lalang di pusat beli-belah.

“Kini, sudah dua bulan saya menyewa di sini selepas berpindah dari Pasir Tumbuh. Dulu, saya pernah berniaga air kelapa tetapi terpaksa berhenti kerana menjaga ibu mentua, Razmah Din yang sakit. Dia meninggal dunia tahun lalu," katanya yang berasal dari Tumpat dan suaminya, Zurani Ramlan, 41, dari Pahang.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, anaknya tidak bersekolah selama dua tahun tetapi kini mereka telah bersekolah di sekolah berhampiran.

"Namun, baru-baru ini mereka tidak dapat ke sekolah kerana kereta kami rosak di Kota Bharu ketika dalam perjalanan pulang beli jambu. Kereta terpaksa ditinggalkan di tepi jalan dan kami berjalan balik ke rumah.

"Mujurlah ketika singgah di sebuah masjid, kami diberikan RM20 untuk tambang pulang ke rumah,” katanya.

Norazila berkata, lebih membebankannya ketika ini ialah untuk mendapatkan wang bagi membayar sewa rumah berjumlah RM200 dan juga perbelanjaan persekolahan anaknya.

Ditanya kenapa suaminya tidak berusaha mencari pekerjaan lain, Norazila berkata, bekerja sendiri memudahkan mereka menguruskan lima anak di rumah.

Tiga anaknya yang masih bersekolah ialah Mohd Zulfahmi Zurani, 11; Nur Alia Maisarah, 10; Nur Atikah Syazwani, 8, dan dua lagi yang masih kecil, Nur Rabiatul Adawiyah, 5, dan Mohd Adam Firdaus, 10 bulan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Norazila menerusi talian 017- 9052080.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/jual-air-jambu-sara-hidup-1.354757
 
Back
Top
Log in Register