BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPPKK Garis 13 Iltizam Hadapi Cabaran TVET Masa Hadapan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,186
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,186
Reaction score
346
Points
141
90e2ce37661d35f3cbe9f4c9203b09d069786a1168f47

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah (empat, kanan) menerima Pelan Pembangunan Pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Daud Isa (dua, kiri) sebagai simbolik pelancaran pelan itu sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) 2026 di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) di sini

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menggariskan 13 iltizam yang akan dilaksanakan dalam mendepani cabaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) masa kini dan akan datang.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah berkata iltizam berkenaan perlu dilaksanakan kerana tahun ini menjadi fasa penting untuk meletakkan semula kedudukan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) melalui pengenalan Pendidikan Teknikal dan Profesional (PTE).

"Antara iltizam penting yang dikemukakan ialah penjenamaan POLYCC sebagai pelopor PTE, pemerkasaan kolej komuniti, perundangan POLYCC, pembudayaan konsep pengoptimuman dan penggabungan, dasar tiada pelajar yang ketinggalan serta memperhebat pengantarabangsaan.

"Iltizam berkenaan ialah kompas dan kerangka tindakan yang perlu dilaksanakan warga POLYCC ke arah hala tuju baharu bagi mengangkat reputasi TVET selaras dengan amalan negara maju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata iltizam itu ialah sebahagian daripada agenda transformasi JPPKK menerusi tema "Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara" yang dilancarkan bersempena dengan Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) 2026 di Politeknik Merlimau Melaka, di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya warga POLYCC perlu berani membebaskan diri daripada zon selesa dan melaksanakan reformasi yang berfokus, berdisiplin, serta berasaskan fakta bagi memastikan POLYCC kekal sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir negara.

 
Back
Top
Log in Register