combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JPN Sabah Ambil Perhatian Serius Insiden Murid Jatuh Di Sekolah Di Papar
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil perhatian serius terhadap insiden membabitkan seorang murid yang terjatuh di kawasan sekolah di Papar baru-baru ini.
JPN Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan awal kepada mangsa, memaklumkan pihak keluarga dan polis serta mengawal kawasan kejadian bagi mengelakkan suasana panik.
“Mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital. Berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.
JPN Sabah memaklumkan kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian menerusi pemantauan berterusan.
“Sokongan psikososial dan emosi diberikan kepada mangsa dan warga sekolah yang terkesan.
“JPN Sabah akan memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu yang memaklumkan siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, JPN Sabah menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.