hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Tiga terbunuh dalam insiden tembakan di sekolah di Filipina
MANILA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bahagian tengah Filipina, hari ini.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi di San Jose National High School di wilayah Leyte, Tacloban City.
“Mangsa telah segera dihantar ke fasiliti kesihatan berdekatan untuk rawatan dan intervensi perubatan,” kata polis wilayah dalam satu kenyataan.
Media kerajaan PTV melaporkan dua individu, yang dipercayai pelajar, telah ditahan, dengan seorang daripadanya ditangkap di lokasi kejadian.
“Polis Negara Filipina (PNP) telah berjaya menangkap suspek. Mereka bertindak pantas,” kata jurucakap Presiden, Claire Castro, kepada pemberita.
Walaupun insiden tembakan di sekolah jarang berlaku di Filipina, keganasan bersenjata di kawasan luar bandar masih menjadi isu berulang, khususnya berkaitan isu politik tempatan.
Pada 2022, tiga orang termasuk seorang bekas datuk bandar terbunuh dalam satu insiden tembakan sebelum upacara graduasi di Universiti Ateneo de Manila, yang kemudian diklasifikasikan sebagai pembunuhan bermotifkan dendam peribadi.
Undang-undang pemilikan senjata di Filipina adalah ketat, namun kewujudan pasaran gelap senjata api masih menjadi cabaran utama pihak berkuasa.- AFP
Artikel Buletin Tv3