balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menggunakan kaedah penguatkuasaan secara penyamaran bagi memastikan perjalanan bas ekspres di jalan raya selamat dalam Ops Hari Raya Kedah 2014.
Pengarah Negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, tempoh pelaksanaan penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung dua minggu mulai 21 Julai hingga 5 Ogos depan selama 24 jam.
“Kaedah penyamaran sebagai penumpang dilaksanakan bagi mengekang kesalahan seperti merokok mahupun menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu bas ekspres.
“Malah, pihak kami tidak ketinggalan akan menguatkuasakan penyamaran bergambar untuk memastikan pemandu tidak memandu secara berbahaya, katanya.
Beliau berkata sedemikian semasa ucapannya dalam Majlis Perjumpaan dengan pengusaha dan pemandu bas ekspres bersama Pengarah JPJ Kedah, Terminal Bas Shahab Perdana, kelmarin.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Nik Ahmad Syazwan Nik Azman.
Mohd Fadhil berkata, mereka akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di 10 depo bas ekspres untuk memastikan kenderaan mematuhi piawaian.
Menurutnya, pihaknya juga melaksanakan pemeriksaan bas ekspres dan pemandu di terminal bas utama, selain melakukan penguatkuasaan statistik di Kawasan Kerap Kemalangan (KKK).
“Ini kerana, jikalau kemalangan melibatkan bas, ia membabitkan banyak nyawa. Jadi, kami mengharapkan penguatkuasaan ini mengurangkan kadar kematian di musim perayaan,” katanya.
Katanya, mereka mengharapkan orang ramai memahami matlamat operasi itu, yakni mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya pada musim perayaan ini.
Dalam perkembangan sama, katanya, mereka melarang penggunaan kenderaan barangan dalam tempoh tertentu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas nanti.
Sebarang aduan mengenai kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui talian hotline JPJ Kedah (07-740 4967) ataupun laman web [email protected]