BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JP Selangor 'ubah rentak'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

DATUK MOHD MOKHTAR AHMAD DAHLAN


MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apakah peranan dan fungsi sebenar Majlis Jaksa Pendamai (JP) Selangor.

Baru-baru ini wartawan SINAR HARIAN ONLINE berpeluang mengadakan wawancara ringkas bersama presidennya sempena seminar pembangunan dan kualiti 2013 yang akan dianjurkan badan itu Ahad ini.

Ikuti wawancara khas bersama presiden JP Selangor, DATUK MOHD MOKHTAR AHMAD DAHLAN bersama wartawan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI :

SINAR HARIAN ONLINE: Umum mengetahui JP Selangor akan menganjurkan seminar pembangunan dan kualiti. Secara ringkas, apakah objektif seminar ini dianjurkan?

DATUK MOHD MOKHTAR: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar Tv dan Online kerana memberi peluang kepada saya sebagai Presiden JP Selangor untuk ditemuramah bagimengutarakan agenda besar kamiiaitu seminar memperkasakan JP selangor.

Program ulung ini diadakanadalah untuk menterjemah titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mahukan JP Selangor memasuki era baru iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai pendamping rakyat terutama mereka-mereka yang memerlukan pertolongan, sertabantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun nasihat.

Objektifnya ialah untuk ahli-ahli JP di negeri Selangor ini menjadi pemimpin yang mempunyai impak berkesan dalam menjalankan tugas.

Sebagai ahli JP mereka mestilah mempunyai ilmu pengetahuan serta kualiti kepimpinan yang tinggi.

Jadi apabila kita melaksanakan agenda atau program, nasihat kita orang akan dengar dan patuhi, dan dengan ini kesannya lebih bermakna untuk mencapai matlamat JP iaitu untuk mendampingi rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Isu yang akan diketengahkan?

DATUK MOHD MOKHTAR: Selama ini JP Selangor telah menjalankan program secara terancang serta tersusun iaitu aktiviti yangmencakupi kesejahteraan kemasyarakatan dan komuniti.

Iaitu dari segi kebajikan terutama kepada kumpulan sasaran kami iaitumereka yang terdiri daripada golonganmiskin, ibu tunggal, anak yatim, OKU serta keluarga keluarga dhaif.

Dalam konteks ini saya berharap JP terus relevan dan terus bergerak dengan berkesan untuk membantusecara proaktif perkembanganmasyarakat.

Jadi dimensi-dimensi baru harus kita tekankan untuk menghadapi cabaran yang ada dalam masyarakat kita terutamanya kesedaran tentang tanggungjawab untuk menjadi rakyatkepada sebuah negara bernama Malaysia.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai sebuah NGO yang sebelum ini memperjuangkan isu kebajikan rakyat, kini mula tampil memperkatakan isu perlembagaan. Adakah isu perlembagaan kini serius?

DATUK MOHD MOKHTAR: Oleh kerana masyarakat kita sudah berubah, sertakemajuan yang telah kita capai selama 6O tahun lebih ini telah menyebabkanstruktur masyarakat kita pun turutberubah, dari sudutintelektualiti, persepsi, masyarakat sudah ke depan, jadi pengertian serta pengtakrifan mereka terhadap undang-undang, peraturan, sistem nilai dan sebagainya juga turut berubah.

Jadi kita tidak boleh lagi menganggap masyarakat ini pasif, masyarakat ini sentiasa menerima apa jua yang kita sogokkan pada mereka, meraka bertanya mengapa dan mereka juga mempunyai maklumat-maklumat yang lain contohnya sumberinternet.

Oleh itu, pengtakrifan serta interpretasi mereka terhadap Perlembagaan, undang-undang, peraturan sudah berbeza mengikut interpretasi universal.

Mereka terpengaruh dengan konsep universal terutama generasi muda, serta kelompok terpelajar.

Oleh itu, kita mesti memperbetulkan persepsiserta pengertian ini supaya boleh kita bawagolongan inike arah yangpositif supaya merekadapat memberi sumbangan untuk membina sebuah negara makmur damai, dan harmoni.

Kita mempunyaiprinsip kejayaan, rahsianyaialah perpaduan yang harmoni, jadi ini ialah yang hendak kita wujudkanfahaman mereka terhadap Institusi Raja, keistimewaan orang Melayu supaya mereka dapat fahami perkara ini darisudutyang positif agar dapat membantu mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.

Dan kita kena ingat dalam perkara ini semua rakyat diberikan peluang keadilan yangseluas-luasnyakepada semua rakyattanpamengira agama, bangsa dan keturunan tetapi oleh kerana faktor yang tertentu berapa perkara dalam undang-undang dan Perlembagaan kita memberikan perlindungan tertentu kepadaorang melayu.

Ini penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam negara kita dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

SINAR HARIAN ONLINE: Penyertaan seminar ini adakah untuk membela nasib melayu?

DATUK MOHD MOKHTAR: JP merupakan sebuah institusi atau organisasi yang merangkumi keahliannya kepada semua bangsa dan kaum.

JP ini kita melangkaui bangsa agama dan juga politik jadi kita bergerak untuk Malaysia untuk rakyat di negeri Selangor khususnya tanpa mengira bangsa agama terutamanya mereka yang memerlukan pertolongan bantuan sertanasihat jadi kita tiada batasan.

SINAR HARIAN ONLINE: Hasil resolusi dari seminar ini akan dibawa dan dihantar kepada siapa?

Sebagai sebuah NGO badan yang non-partisan kita akan mengenetengahkan isu-isu Perlembagaan.

Maklumat forum akan disalurkan ke tempat-tempat yang sewajarnya, pertama sekali sesama kita iaitu kepadaNGO supaya kita dapat mencetuskan ideal-ideal bagi di terjemahkan dalam bentuk agenda program dalam mewujudkan gelombang perubahan.

Yang kedua, kumpulan sasaran kami ini merupakan semua kaum, umur, bangsa sertasemua lapisan masyarakat.

JP mempunyai asas prinsip dan falsafah yang positif, apabila kita melaksanakan program di seluruh negeri Selangor ini tujuannya ialah ingin mewujudkanperpaduan, hormat menghormati undang-undang sertaperaturan merupakan asas kepada falsafah dalam kita melaksanakan program-program tersebut.

Jadi kumpulan sasarandalam program ini akan dapat bersama-sama secara perlahan-lahan dalam memahami serta menghayati sekali gus dapat melaksanakan dalam hidup mereka.

Hasil resolusi ini Insya-ALLAH akan diserahkan kepada baginda Sultan Selangor.

Baginda merupakan penaung JP, yang sentiasa memberikan semangat dan rangsangan untuk kami bergerak secara lebih agresif bagimencapai matlamat membawa kesejahteraan kepada negeri selangor.

Oleh itu, dalam kertas kerja yang kita akan bentangkan nanti iaitu merangkumi enam kertas kerja.

Dalam pembentangan ini banyak pandangan baru serta isu baruyang akan kita cetuskan.

Idea-idea ini akan diterjemahkan dalam agenda program oleh pihakyang bertanggungjawab sama ada NGO, Agensi kerajaanatau pun pertubuhan yang sama-sama akan melaksanakan tugas sertatanggungjawab dalam mencapai matlamat tersebut.

SINAR HARIAN ONLINE: Apa pendirian JP Selangor mengenai perbincangan pelaksanaan TTP?

DATUK MOHD MOKHTAR: Masyarakat kita sekarangsudah menjadi masyarakat yang terbuka, masyarakat yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Apa jua sumber mereka adabegitu luas sekali,jadi sudah tentu sekali mereka hendakmengetahui sebab dan kenapa? apa itu agenda kerajaan? terutama yang melibatkan masa depan negara, kepentingan rakyat, ekonomi serta politik.

Sebagai sebuah negara yang penting dirantau ini sepatutnyalah mereka diberikan maklumatyang boleh mereka fahami.

Kenapa sesuatulangkah itu dibuat atau sesuatu keputusan dibuat oleh pihak kerajaan.

Dan pada saya objektifnya baik untuk masa depan negara kita sertamasa depan rantau ini.

Saya yakin rakyat yang terpelajar yang melihat masa depan mereka akan menerima perkara ini dengan hati terbuka.
 
Back
Top
Log in Register