BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Of Market Structure

Berikan keseimbangan kepada dua perkara ini:
1) Personal fortune
2) Personal belief

Personal fortune adalah seperti perdagangan Forex. Belajarlah mengira money management.

Personal belief adalah seperti kasih sayang. Ilmu yang baik membawa kepada kepercayaan dan kasih sayang yang baik.

Bukannya jadi dua muka atau apa, tetapi kita perlukan alter ego untuk berjaya.

Contohnya kalau sudah ada personal fortune atau harta nanti, trader bolehlah membuat amal pada jalan kebajikan. Di samping itu, trader juga bolehlah menampung perbelanjaan untuk menunaikan haji.

Walau bagaimanapun, seseorang itu perlulah menuntut ilmu untuk mencari rezeki yang berkat. Seseorang itu perlulah mengkaji kemahiran yang betul untuk berjaya di dalam trading ini.
 
Mengikut statistic broker, hanya 5% retail trader yang mempunyai account size di bawah $1,000 yang make money.

Di dalam industry video game, hanya 5% gamer yang make money dengan bermain secara professional di dalam competitive gaming.

Orang lain kena keluar duit tapi yang top 5% ini adalah yang dapat duit di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Mengikut statistic broker juga, percentage retail trader yang make money juga meningkat selaras dengan account size. Contohnya 30% retail trader dengan account size di atas $100,000 make money.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah concept leverage itu ialah game di dalam trading.

Trader account kecil banyak bergantung kepada leverage untuk mendapatkan sesuatu hasil profit yang cukup untuk dibuat belanja. Manakala ia ialah sebaliknya bagi trader account besar.

Ia ialah sememangnya mencabar maka untuk berjaya seseorang itu perlulah mempunyai fitness yang secukupnya.

Sebagai game kedua-dua bidang pun mempunyai jurulatih atau sifu yang tersendiri untuk mempelajari kemahiran masing-masing.

Business yang sebenar ialah hanyalah apabila seseorang itu trade sesuatu jumlah volume currency pair dengan jumlah fund yang sama yang dimiliki oleh trader itu.

Contohnya jika seseorang itu trade 1,000 volume EURUSD maka trader itu sudah pun mempunyai fund sebanyak $1,300. Andai kata rate semasa EURUSD ialah 1.30000.

Walau bagaimanapun trader itu akan memasuki game level 1 sekiranya dia menggunakan kemampuan leverage 1:2. Contohnya seseorang itu trade 1,000 volume EURUSD tetapi dengan mempunyai fund sebanyak $650.

Trader itu akan memasuki game level 2 pula apabila sampai leverage 1:3. Cara untuk mengiranya ialah 3-1=2. Contohnya trade 1,000 volume EURUSD dengan fund $433.33. Dan begitulah seterusnya.

Tidak semestinya analysis timeframe itu ialah kecil atau besar di dalam trading untuk menentukan sama ada ianya ialah game atau business.

Boleh jadi trader sedang menggunakan leverage di dalam swing atau position trading. Boleh jadi juga trader langsung tidak menggunakan sebarang leverage di dalam scalping atau intraday trading.

Apabila trader sedar yang nilai trading account semakin menyusut maka dia sepatutnya adapt dengan mengecilkan saiz volume currency pair yang dia trade.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan risiko pada masa akan datang. Apabila trading account sudah recover barulah seseorang itu boleh trade seperti sedia kala.
 
Antara hujah lain untuk justify yang konsep leverage ialah game ialah tentang peranan reality di dalam trading.

Reality di dalam dunia game ialah seseorang itu ialah boleh hidup dan mati sebanyak mana yang mungkin ketika lawan di dalam sesuatu pertempuran. Contohnya gamer itu memainkan sebuah watak sebagai seorang super soldier.

Bukan itu sahaja, seseorang super soldier itu juga boleh memiliki kebolehan luar biasa lain berbanding manusia normal di dunia ini. Contohnya seperti melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain dengan jarak sejauh 2 hingga 3 meter. Gaming genre ini biasanya dikenali sebagai platform.

Bagi competitive game titles yang bertemakan latar belakang fantasy, tidak perlulah diceritakan lagi apa kuasa-kuasa spell pelik yang boleh casted oleh sesuatu watak hero/champion itu.

Dengan kemajuan computer technology dari segi graphics/display/visual, excitement yang dirasai itu sememangnya benar-benar wujud. Di dalam dunia trading begitulah juga dengan kuasa leverage itu.

Dengan leverage seseorang trader itu mempunyai kemampuan untuk trade sesuatu jumlah trading volume dengan modal yang bukannya benar-benar wujud di dalam portfolio kewangan yang dimiliki oleh trader itu.

Perumpamaannya ialah seperti seorang trader biasa yang boleh memperolehi keuntungan yang sama banyak seperti sebuah bank. Dengan hanya memiliki $1,000 sahaja trader tersebut boleh memperoleh sebanyak $10 per pip iaitu keuntungan yang sama dengan bank yang sudah pun memiliki $100,000.

Hakikatnya taraf kewangan trader tersebut dengan bank ialah jauh bezanya. Walaupun keuntungan yang diperolehi masing-masing ialah sama tetapi bank itu ialah dibaratkan seperti seorang super soldier atau hero/champion manakala trader itu hanyalah seorang gamer sahaja di dalam financial world.

Jika dibahagikan $1,000 dengan $10 maka ia ialah bersamaan dengan 100. Oleh itu di dalam 'game' of full margin ini, apa yang trader itu perlu buat ialah memastikan yang drawdown dialami tidak sampai 100 pips untuk survive daripada margin call di dalam trading iaitu 'game over'.

Satu lagi aspect yang perlu diambil kira ialah tentang psychology. Di dalam dunia social competitive gaming, seseorang gamer itu pasti akan kerap kali kena 'bash' daripada gamer lain ketika kehangatan permainan masa sebenar. Itulah harganya dari segi emosi untuk merasai excitement di dalam competitive gaming.

Begitulah juga di dalam aktiviti trading, seseorang trader yang sensitive akan vulnerable kepada emosi terutama sekali ketika sedang open sesuatu trading position itu.

Lumrah manusia itu will to power. Kalau nak main juga pemainan trading ini, mainlah bermula dengan level 1 dahulu. Contohnya kalau ada modal permulaan sebanyak $200, please trade dengan order volume size yang bernilai $400 dahulu.

Katakanlah exchange rate semasa bagi EURUSD ialah 1.30000. Jadi bahagikan 400 dengan 1.30000. Jawapannya ialah 307.69. Bahagikan 307.69 dengan 100,000 bersamaan dengan 0.003. Maka order volume size bagi EURUSD yang patut traded itu ialah 0.003 lot.

Bukalah nano account untuk tujuan trading tersebut. Kemudian apabila trading equity sudah meningkat, bolehlah naik kepada level 2 pula. Di dalam dunia competitive gaming pun ada sesuatu yang dipanggil sebagai 'tier'. Ini ialah untuk memastikan yang setiap gamer itu hanyalah bermain dengan gamer lain yang sama padan dengannya.

Apa yang banyak berlaku ialah trader itu tidak turun level walaupun sudah banyak mengalami kerugian. Bahkan ada yang naik lagi level supaya hasilnya dapat recover sumula trading account dengan cepat.

Itulah pentingnya asas mathematics di dalam mengira money/risk management supaya seseorang trader itu boleh adapt his risk tolerance dengan tahap trading performance semasa.

Pengajaran lain daripada pengalaman saya sepanjang trading ini ialah trader itu perlulah sentiasa berada dalam keadaan fresh ketika memulakan kehidupan seharian. Ini dapat memastikan supaya trader itu dapat memberikan persembahan yang sebaiknya apabila sampai aktiviti trading nanti.
 
Trading ni ada banyak persamaan seperti perniagaan kedai runcit.

Kedua-duanya perlu money/risk management. Kita perlu adapt dengan take measure keadaan kewangan semasa. Dah tindakannya pun take measure mestilah gunakan mathematics.

Trading memerlukan market analysis skills iaitu technical dan fundamental. Manakala kedai runcit perlukan social skills. Bila jumpa customer mulut mestilah manis.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15385
USD / JPY
155.288
GBP / USD
1.34707
USD / CHF
0.81917
USD / CAD
1.39253
EUR / JPY
179.178
AUD / USD
0.71255
Back
Top
Log in Register