BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Of Market Structure

10. EURUSD ENTRY

Screenshot_2024-10-17_174912_SamsungBrowser.jpg


Screenshot_2024-10-17_174823_SamsungBrowser.jpg


Screenshot_2024-10-17_174732_SamsungBrowser.jpg


2024.10.17 07:15 (UTC+3)
Sell EURUSD @ 1.08544

Nota: Timeframe H4 ialah downtrend. Timeframe H1 ialah downtrend. Low candlestick pada timeframe M15 dijadikan rujukan untuk breakout entry.

EURUSD EXIT

Screenshot_2024-10-17_175000_SamsungBrowser.jpg


2024.10.17 12:40 (UTC+3)
Close: 1.08610

Nota: Market reverse sebelum 15 minit lagi ada news PPI MoM dan PPI YoY .

Result: −0.00066 (including spread)
 
Last edited:
11. AUDJPY ENTRY

Screenshot_2024-10-18_191832_SamsungBrowser.jpg


Screenshot_2024-10-18_191745_SamsungBrowser.jpg


Screenshot_2024-10-18_191656_SamsungBrowser.jpg


2024.10.18 05:00 (UTC+3)
Buy AUDJPY @ 100.639

Nota: Pada timeframe H4 harga sudah break downtrend structure sebelumnya. Timeframe H1 ialah uptrend. Low candlestick pada timeframe M15 dijadikan rujukan untuk breakout entry.

AUDJPY EXIT

Screenshot_2024-10-18_192150_SamsungBrowser.jpg


2024.10.18 06:46 (UTC+3)
Close: 100.467

Result: −0.172 (including spread)
 

Attachments

Last edited:
Kereta mewah.

Itulah yang biasa kita lihat di tempat parking mana-mana masjid di kawasan Lembah Klang ketika waktu malam menunaikan sembahyang. Begitulah yang kita mahu iaitu sudah mendapat fortune tapi masih lagi warak.

Banyak di kalangan ahli perniagaan rakyat Malaysia ini yang mengambil risiko yang rendah atau sederhana di dalam perniagaan. High return seperti Forex trading ialah bidang yang kurang mereka gemari. Ketika muda mereka ini ialah terdiri daripada pelajar-pelajar yang ambil degree dengan belajar 4-5 tahun dan juga membuat pinjaman lebih 50K. Walaupun bidang professional sedemikian lambat mandatangkan kekayaan tapi itulah jalan kehidupan tipical golongan yang belajar tinggi ini.

Apabila golongan yang mempunyai modal ini mahu mengembangkan dunia perniagaan sampai ke Forex trading maka sebaik-baiknya carilah trading mentor untuk belajar terlebih dahulu. Saya tahu nak recommend kepada siapa trading mentor ini. "Teachers and parents". Traders ini ialah seperti keluarga juga. Ketika perlajar mahu belajar maka guru akan menabur jasa dengan memberikan panduan yang betul. Mana tahu apabila market berubah bagi guru itu nanti maka pelajar-pelajarnya yang sudah berjaya akan membantunya semula.

Yang pasti fakta di dalam perniagaan itu ialah low risk low return. Hanya masa yang akan menentukan kejayaan seseorang itu jika sanggup bersabar untuk mendapatkan pulangan.
 
Selain daripada real trading saya juga beri tumpuan pada research backtest. Market ialah sentiasa dynamic. Ada kitaran fasa trending market dan ranging market. Begitu juga dengan strong-momentum market dan weak-momentum market.

Proprietary firm pun pandai. Sekarang ini mereka sudah tak tetapkan tempoh masa tertentu untuk lulus challenge. Kalau dulu bagi masa 3 bulan untuk capai profit target 10% tapi apabila sudah funded trader tak boleh perform sebab 3 bulan berikutnya market sudah berubah.
 
Spread 'nganga'.

Kalau pukul 5:00 itu kita akan dapati spread mengembang. Contohnya spread AUDJPY yang biasanya 3 pips boleh menjadi lebih daripada 10 pips.

Bukannya 'tak elok' pun kalau trade ketika itu tapi ada risiko yang position sell akan terkena stop loss. Tapi kalau nak trade juga maka cubalah 'rakam' aktiviti trading tersebut dengan membuat trading journal. Itu ialah hak peribadi masing-masing.

Saya cuma minta maaf sajalah pada trading account sendiri andai kata trading business nanti akan 'gulung tikar'.

Itulah yang malu kalau trade 'balik' dengan teknik yang seolah-olah mempunyai saiz account yang besar seperti bank. Forex wujud kerana bank.

Apa yang sudah jadi ialah sudah pun jadi.
 
Revenge trading.

Itu semua pasti ada dalam trading sebagai manusia biasa. Dalam kehidupan sebenar pun kita akan alami perasaan marah itu.

Mengikut pendapat agama kaedah-kaedah yang wajar dilakukan apabila kita sedang marah ialah kita perlu duduk. Tetapi apabila sudah duduk kita masih marah juga kemudian kita perlu baring.

Logiknya ketika baring itu ialah kedudukan yang paling mengurangkan manusia untuk membuat sesuatu yang berbahaya.

Pendapat agama yang lain pula ialah ketika sedang marah kita perlu mengambil air sembahyang.

Logiknya ialah air sembahyang itu dapat menyejukkan rasa panas pada badan manusia.

Kalau diikutkan saya sendiri pun masih struggle juga untuk sembahyang lima waktu tapi tips ini boleh diguna pakai di dalam trading.

Di dalam trading pun ada teknik untuk mengelakkan over trading ini iaitu risk management yang berasaskan risk per trade atau risk per day.
 
Dunia haiwan.

Anjing yang baik akan banyak membantu tuannya. Begitulah sebaliknya jika anjing itu penyangak maka ia akan banyak menyusahkan orang lain.

Di antara banyak-banyak anjing sudah tentu ada juga yang baik. Contohnya anjing penyelamat yang membantu pihak berkuasa di dalam operasi. Anjing lain pula ialah anjing yang menjaga kebun tanaman. Di dalam agama pula contohnya ada kisah zaman dahulu yang mana terdapat anjing yang menemani penghuni gua yang beriman.

Begitulah juga bagi stop loss di dalam trading ini. Ramai trader yang benci pada stop loss tetapi stop loss itulah yang akan banyak membantu untuk melindungi trading account.

Kucing pula ibarat take profit yang mana ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah sebagai peneman kesayangan. Apabila mendapat take profit kesudahannya ialah buat belanja rumah juga. Malah di dalam agama ada seorang sahabat yang mendapat gelaran 'Bapa Kepada Anak Kucing' yang mulia. Tetapi lumrah dunia ini di antara banyak-banyak kucing ada juga yang akan menyusahkan manusia.

Di dalam dunia ini haiwan yang 99.99% menyusahkan manusia ialah babi sahaja. Ia hanya dibolehkan apabila keadaan darurat.

Haiwan yang sihat akan menjadi cergas sahaja apabila matahari sedang terbit pada waktu pagi. Melihat kepada semangat haiwan tersebut kewujudan matahari itu ialah seolah-olah satu rahmat di dalam kehidupan. Itulah yang menyebabkan berlinangnya air mata saya apabila mengenangkan haiwan itu.
 
Last edited:
Ada tiga keperluan asas manusia di dalam kehidupan. Keperluan asas tersebut ialah di dalam bentuk fizikal iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Keperluan asas makanan ialah keperluan yang perlu diambil secara langsung. Kalau tiada makanan memang manusia akan lapar dan boleh mati kerana kebuluran. Keperluan asas pakaian pula ialah bertujuan untuk social. Manusia tidak akan mati pun kalau tiada pakaian selagi ada makanan. Walau bagaimana pun manusia akan memerlukan pakaian untuk mendapatkan makanan di dalam aktiviti social. Contohnya ialah bekerja dan membeli-belah.

Keperluan asas tempat tinggal ialah bertujuan untuk berehat. Kalau boleh manusia mahu berehat dengan tidur di tempat yang paling selesa yang mungkin. Tidur ini ialah untuk kebaikan bagi kedua-dua mental dan fizikal. Tempoh yang sihat untuk tidur ialah 8 jam sehari. Waktu yang normal bagi manusia tidur ialah pada waktu malam. Walau bagaimana pun akan ada hari yang mana kita tidak dapat tempoh tidur yang cukup apabila tidur lewat.

Tips untuk bangun awal pada keesokan pagi ialah dengan meminum air teh sekitar empat jam sebelum waktu yang dirancang untuk bangun. Selepas bangun pada waktu pagi pula minum air kopi. Katakanlah kita merancang untuk bangun pada pukul 6 pagi maka minum air teh pada pukul 2 pagi. Selepas bangun pada pukul 6 pagi pula minum air kopi. Walau pun tidur lewat tetapi kita masih lagi boleh berasa segar pada waktu pagi sehingga waktu tengah hari untuk terus bekerja. Pada waktu tengah hari pula bolehlah kita tidur sekejap.

Kedua-dua teh dan kopi ialah mengandungi caffeine yang menghilangkan rasa mengantuk. Sebaiknya minum air teh dahulu dan minum air kopi selepas bangun. Turutan tersebut ialah lebih sesuai berbanding dengan minum air kopi dahulu dan dan minum air teh selepas bangun. Air kopi mengandungi bau yang agak kuat maka boleh jadi ia akan mengganggu orang lain yang sedang tidur. Sebaliknya air teh pula ialah kurang menghasilkan bau. Waktu yang normal untuk aroma kopi pun biasanya ialah pada waktu pagi yang cerah ketika orang mula pergi kerja di tempat-tempat yang berhampiran dengan restoran. Itulah norma masyarakat.

Aplikasi pengambilan caffeine di dalam teh dan kopi ialah ia memerlukan masa untuk diserap ke dalam badan manusia sebelum memberi kesan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pada pagi-pagi yang gelap gelita itu tempoh caffeine untuk memberikan kesan itu ialah sekitar 4 jam.

Manakala waktu yang paling lewat yang disyorkan di dalam satu hari untuk minum air teh atau kopi ialah ketika waktu sebelum matahari terbenam. Penggenaan caffeine ialah sangat-sangat bermanfaat terutamanya ketika tempoh awal 1 hingga 2 jam sebaik sahaja hari menjadi gelap sesudah matahari terbenam.

Pressure pada waktu itu ialah sangat kuat kerana mentality manusia sedang menyesuaikan diri dengan peralihan daripada hari cerah kepada malam gelap. Ingat pesan orang tua-tua tentang waspada tidur pada waktu itu. Mood ketika itu juga mood orang-orang yang sedang pulang selepas seharian kerja. Kalau boleh untuk refresh mood semula bagi mereka ini ajaklah rakan-rakan pergi melepak dengan makan malam di restoran. Selepas itu pada waktu malam pula minumlah air milo atau apa-apa minuman manis seperti jus atau aiskrim untuk tidur yang nenyak.

Begitulah caranya untuk kita regulate tabiat tidur. Alhamdulillah di negara ini bekalan teh dan kopi ialah sentiasa mencukupi. Cuba bayangkan nasib saudara-saudara kita yang sedang dilanda konflik di sana. Bagaimanakah bagi mereka untuk mengharungi kehidupan seharian dengan bekalan yang serba kekurangan? Padahal lokasi kedudukan mereka ialah berada di pusat budaya dunia. Oleh itu doakan dan bantulah mereka selagi kita mampu.
 
Price wave ialah seperti candlestick juga. Ia mempunyai sifat yang random.

Kalau kita tengok candlestick itu selang-seli ada yang pendek dan ada yang panjang. Saiz candlestick itu bukanlah selalu sekata. Traders tidak mampu untuk meramalnya dengan tepat sepanjang masa. Begitulah juga dengan price wave. Selang-seli ada wave yang pendek dan ada wave yang panjang yang tidak dapat diduga. Oleh itu traders perlu perlu adapt dengan market condition semasa.

Satu lagi yang saya mahu improve di dalam trading ialah tentang trading signals. Semakin banyak currency pairs yang traders buat analysis maka semakin banyak untuk peluang signals boleh muncul.

Buat masa ini saya hanya buat analysis pada 2 currency pairs sahaja. Maknanya sekiranya saya buat analysis pada 4 currency pairs maka saya boleh mendapatkan lebih banyak signals. Apabila mendapat lebih banyak signals maka saya boleh filter kepada signal yang lebih berkualiti untuk trade. Jesteru itu saya dapat mengurangkan perasaan "fear of missing out".

Memang betullah umpama perniagaan biasa yang lain juga lebih banyak cawangan maka lebih banyak customer datang membeli. Walaupun kos menjadi lebih tinggi tetapi peluang untuk mendapatkan potential profit juga ialah lebih tinggi.

Sekarang ini saya trade EURUSD. Currency pairs ini melibatkan currency USD dan EUR. Jadi saya tambah satu lagi currency iaitu GBP. Apabila saya tambah GBP maka currency pairs yang saya boleh trade ialah EURUSD, GBPUSD dan EURGBP. Walau bagaimanapun EURUSD dan GBPUSD mempunyai positive correlation kira-kira 75%. Maka saya akan utamakan EURGBP.

Selain itu sekarang ini saya juga trade AUDJPY. Currency pairs ini melibatkan currency JPY dan AUD. Jadi saya tambah satu lagi currency iaitu NZD. Apabila saya tambah NZD maka currency pairs yang saya boleh trade ialah AUDJPY, NZDJPY dan AUDNZD. Walau bagaimanapun AUDJPY dan NZDJPY mempunyai positive correlation kira-kira 75%. Maka saya akan utamakan AUDNZD.

Sebelum ini saya hanya trade 2 currency pairs sahaja iaitu EURUSD dan AUDJPY. Mulai sekarang saya akan trade 4 currency pair iaitu EURUSD, EURGBP, AUDJPY dan AUDNZD.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15393
USD / JPY
155.119
GBP / USD
1.34707
USD / CHF
0.81891
USD / CAD
1.39198
EUR / JPY
178.996
AUD / USD
0.71255
Back
Top
Log in Register