Price wave ialah seperti candlestick juga. Ia mempunyai sifat yang random.
Kalau kita tengok candlestick itu selang-seli ada yang pendek dan ada yang panjang. Saiz candlestick itu bukanlah selalu sekata. Traders tidak mampu untuk meramalnya dengan tepat sepanjang masa. Begitulah juga dengan price wave. Selang-seli ada wave yang pendek dan ada wave yang panjang yang tidak dapat diduga. Oleh itu traders perlu perlu adapt dengan market condition semasa.
Satu lagi yang saya mahu improve di dalam trading ialah tentang trading signals. Semakin banyak currency pairs yang traders buat analysis maka semakin banyak untuk peluang signals boleh muncul.
Buat masa ini saya hanya buat analysis pada 2 currency pairs sahaja. Maknanya sekiranya saya buat analysis pada 4 currency pairs maka saya boleh mendapatkan lebih banyak signals. Apabila mendapat lebih banyak signals maka saya boleh filter kepada signal yang lebih berkualiti untuk trade. Jesteru itu saya dapat mengurangkan perasaan "fear of missing out".
Memang betullah umpama perniagaan biasa yang lain juga lebih banyak cawangan maka lebih banyak customer datang membeli. Walaupun kos menjadi lebih tinggi tetapi peluang untuk mendapatkan potential profit juga ialah lebih tinggi.
Sekarang ini saya trade EURUSD. Currency pairs ini melibatkan currency USD dan EUR. Jadi saya tambah satu lagi currency iaitu GBP. Apabila saya tambah GBP maka currency pairs yang saya boleh trade ialah EURUSD, GBPUSD dan EURGBP. Walau bagaimanapun EURUSD dan GBPUSD mempunyai positive correlation kira-kira 75%. Maka saya akan utamakan EURGBP.
Selain itu sekarang ini saya juga trade AUDJPY. Currency pairs ini melibatkan currency JPY dan AUD. Jadi saya tambah satu lagi currency iaitu NZD. Apabila saya tambah NZD maka currency pairs yang saya boleh trade ialah AUDJPY, NZDJPY dan AUDNZD. Walau bagaimanapun AUDJPY dan NZDJPY mempunyai positive correlation kira-kira 75%. Maka saya akan utamakan AUDNZD.
Sebelum ini saya hanya trade 2 currency pairs sahaja iaitu EURUSD dan AUDJPY. Mulai sekarang saya akan trade 4 currency pair iaitu EURUSD, EURGBP, AUDJPY dan AUDNZD.