BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Forex Samurai saya...

Pagi 8 Julai...

Bukak komputer pagi ni, tengok ada dua trade in progress tapi dua-dua tengah minus. satu -25.2 pip dan satu lagi -27.0 pip jadi jumlah -52.2 pip.

(1). 2:00am [email protected] [email protected] SL1.25160 TP2.00000
(2). 3:00am [email protected] [email protected] SL1.25450 TP2.00000

Kalau tengok secaralalu mungkin trade ini untuk medium term sebab TP dia set 650~750pip dan SL 106-133. Kalau kira Risk:Reward ratio sekitar 1:6.

Memang kalau ambil faktor R:R memang bagus, tapi dengan akaun saya yang ciput ni, SL dia terlalu jauh saya rasa. Saya cuba kira secara kasar:

Risk 106+133=239pip. size lot 0.05 jadi Risk = 239pip x 0.05lot x $10 = $119.5.
Margin untuk 0.05lot adalah $50, jadi 2 position = $100.
Bermakna Free Margin saya memang tak boleh cover SL, alamat Margin call la price semakin jatuh.

Kalau ikutkan hati nak closekan aje kedua-dua trade ini, tapi kalau saya ganggu, maka tak tecapai pulak tujuan asal untuk test performance EA ni. So, saya biarkan aje la..., harap-harap depa ada Mental Stop yang mana mereka akan tak tunggu sampai SL.

Kita sama-sama tunggu apa kan jadi... Saya akan updatekan malam nanti.
 
Last edited:
Malam 8 Julai +13.6 pip...

[Refund Countdown: T -52 hari lagi : Baki mula=$212.97 : Baki akhir=$219.85: Gain=3.2%%]

Malam ni tengok 2 trade yang dibuka awal pagi telah ditutup dengan sedikit keuntungan. Lega juga sebab pagi tadi minus -52.2 pip, bila tutup +13.6pip. Tapi ada satu trade in progress dan tengah minus -14.8pip. Tengok besok bila dah EA dah close nanti.

So summary trade EA Forex Samurai hari ini:

(1). 2:00am EUR/[email protected], [email protected], 2:00pm [email protected], P/L=+8.1

(2). 3:00am EUR/[email protected], [email protected], 2:00pm [email protected], P/L=+5.5

>> Nilai $ P/L hari ini = 13.6pip x 0.05lot x $10 = +$6.80

>> Nilai % P/L hari ini = [$6.80/$212.97] x 100% = +3.2%

Alhamdulillah... moga cerah sampai ke petang...

Slowly... slowly... catch the pipsy...

Selamat malam semua...


* {Nilai rebate CashBack hari ini = 2trade x 0.25 x 0.05lot x $10 = $0.250}
 
Pagi 9 Julai...

Bukak komputer pagi ni tengok trade yang semalam dah di tutup dengan +1.6 pip. lega jugak (walaupun ciput) sebab sebelum tidur semalam trade tu tengah minus -14.8pip.

Satu lagi trade yang dah close dengan +1.9pip dan satu dalam progress minus -31.1pip.

Nasib baik la semua ni automated jadi tak payah nak tunggu dan tengok, kalau tak bisa sakit jantung ni...

Ok, malam nanti saya updatekan.
 
Malam 9 Julai +29.3 pip...

[Refund Countdown: T -51 hari lagi : Baki mula=$219.85 : Baki akhir=$233.98: Gain=6.4%]

3 trade telah dilakukan oleh EA Forex Samurai dari malam semalam hingga malam ini berjumlah +29.3 pip manakala satu trade masih berjalan dan ketika ini berada pada -19.7pip.

Ringkasan trade hari ini:

(1). 4:12pm (8hb)EUR/[email protected], [email protected], 8:26pm (9hb, [email protected], P/L=+25.8

(2). 04:01am EUR/[email protected], [email protected], 5:550am [email protected], P/L=+1.6

(3). 05:58am EUR/[email protected], [email protected], 6:14am [email protected], P/L=+1.9

>> Nilai $ P/L hari ini = 29.3pip x 0.05lot x $10 = +$14.65-$0.52=$14.13

>> Nilai % P/L hari ini = [$14.13/$219.85] x 100% = +6.4%

Alhamdulillah... moga cerah sampai ke petang...

Selamat malam semua...


* {Nilai rebate CashBack hari ini = 3trade x 0.25 x 0.05lot x $10 = $0.375}
 
Pagi Sabtu 10 Julai...

Tengok trade yang floating semalam, rupanya EA Samurai tidak tutup trade itu. Ketika ini minus -21.1pip.

Saya jangkakan sebelum tidur semalam, ia pasti akan di tutup (walaupan dalam keadaan rugi) kerana kebiasaannya kita tidak digalakkan membiarkan trade terbuka melepasi hujung minggu (waktu market ditutup). Trade yang masih floating seperti di bawah:

9/7/2010 9:00pm EUR/[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] Floating P/[email protected]

Kalau dilihat SL yang di letak adalah 127.4pip, saya rasa kalau terjadi satu kejutan besar "berita" dalam hujung minggu ini, SL tu tidak begitu 'selamat'.

Mungkin dimasa hadapan saya akan monitor trade yang dibuka pada hari Jumaat, dan sekiranya ada trade yang masih terbuka berhampiran waktu market tutup, saya sendiri akan menutup secara manual bagi mengelakkan ianya terus terbuka melepasi hujung minggu.

Mudah-mudahan tidak terjadi price gap bertentangan dengan trade saya tu...
 
VPS maintenence...

Sebagaimana yang di syorkan, saya telah tutup platform Gallant FX yang saya buka (di VPS) dan seterusnya saya telah terminate VPS tersebut sebagai langkah maintenance.



Jadi kalau anda ada menggunakan VPS samada percuma atau yang berbayar, adalah disyorkan untuk melakukan maintenance seminggu sekali atau sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini kerana setiap VPS yang kita langgani (terutama yang percuma) mempunyai limit maksima memory yang dibenarkan. Jadi bila shutdown, ia akan mengosongkan semula (refresh) memory RAM VPS tersebut.

Saya akan mengaktifkan VPS Gallant FX percuma saya serta aktifkan semula EA Samurai saya malam besok sebagai persediaan minggu hadapan.
 
Ahad 11 Julai, ringkasan semasa...

[Refund Countdown: T -49 hari lagi]

Setelah 4 hari EA Samurai menjalankan trading secara automated, di bawah ini ringkasan statement Gallant FX saya untuk sama-sama menilai performancenya setakat ini:

statement2010-07-11.jpg


Sebelum saya membuat pengiraan pemerhatian saya, perlu saya nyatakan:

- satu trade yang masih floating saya tidak mengambil kira kerana bila ianya ditutup nanti, ketika itu baru P/L nya akan dikira.

- jumlah trade yang dilakukan setakat baru 9 trade, angka ini saya rasa terlalu kecil untuk kita membuat apa-apa rumusan mutlak.

Ok, di bawah ini pemerhatian saya:

>> Baki permulaan di akaun saya pada awal penggunaan EA Samurai ini adalah $200.67 dan baki semasa sekarang adalah $233.98. Untung $33.31 ataupun peningkatan sebanyak +16.6%. Satu angka yang saya kira memberangsangkan, jika mengambil kira yang saya tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa mengadap komputer dan juga tidak banyak stress yang perlu saya hadapi jika saya membuat trading ini sendiri.

>> Peratusan trade untung (88.89%) berbanding rugi (11.11%) adalah diluar dugaan saya keraya saya hanya berharap sekitar 60% hingga 70%. Kalau pretasi ini dapat dikekalkan, saya rasa saya sendiri tidak teragak-agak untuk meneruskan langgangannya.

Bagaimana yang telah saya nyatakan, adalah terlalu awal untuk saya membuat sebrang rumusan, ada 49 hari lagi sebelum saya membuat sebarang keputusan samada teruskan atau meminta refund.

Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya...


* {Anggaran nilai rebate CashBack sehingga kini = 9trade x 0.25 x 0.05lot x $10 = $1.125}
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13298
USD / JPY
157.413
GBP / USD
1.32639
USD / CHF
0.83572
USD / CAD
1.42327
EUR / JPY
178.345
AUD / USD
0.69458
Back
Top
Log in Register