EA samurai ni u beli ke langgan?...
VPS free ni mcm mana dapat?... EA samurai ni u beli ke langgan?..
Kebanyakan Robot dpasaran yang dijual adalah merupakan EA yang akan menjalankan trade secara automatik apabila parameter-parameter yang telah di preset tercapai (dipenuhi). Kebiasaannya kita tidak dapat control execution trade yang dibuat oleh robot ini, kecuali hanya dapat mengubah beberapa preset parameter default kepada parameter lain mengikut kesesuaian kita. EA jenis ini biasanya dijual secara 'bayar sekali' tanpa mengenakan bayaran bulanan.
Sementara kebanyakan 'Trading signal' yang di jual oleh Pengeluar signal (signal provider) akan mengenakan bayaran bulanan untuk melanggan signal yang diberi. Signal-signal yang diberi pula selalunya dalam bentuk email, text SMS ataupun secara terus ke platform broker kita. Bagi membuat trading pula kebiasaannya kita perlu melakukannya sendiri secara manual.
Bagi EA Forex Samurai ini pula, apa yang saya faham adalah EA ini hanya berfungsi sebagai menjalankan (execute) trading secara automatik mengikut signal yang diterima, bukan mengikut sesuatu preset parameter yang telah ditentukan. Dan signal ini pula dihantar oleh 'trader' yang menjual EA ini. Maksudnya 'trader' tersebut menghantar signal ke platform yang ada diinstall EA ini, dan EA ini akan secara automatik menjalankan trading samada buy, sell, lotsize, letak TP dan SL. Untuk ini kita dikenakan bayaran bulanan untuk terus menerima signal yang di hantar kepada EA ini.
Bayaran bulanan yang dikenakan asalnya adalah $147 sebulan. Tetapi kita boleh mendapat diskaun sebanyak 30% sebulan semasa kita membuat pembelian, menjadikan bayaran langganan dari $147 kepada $99 sebulan.
Dan bagi ahli percuma CashBack pula, Cashback akan memberi rebate sebanyak $50 sebulan sekiranya kita memilih untuk meneruskan langganan, menjadikan bayaran bulanan kita jadi hanya $49 sebulan (setelah rebate diberi).
Buat masa ini saya dalam proses menguji keberkesaan EA Samurai ini. Saya akan cuba menguji selama 60 hari kerana tempoh ini adalah tempoh untuk mendapatkan refund 100% bayaran yang telah dibuat sekiranya saya tidak puashati dan tidak mahu meneruskan langganannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut cara mendapat diskaun 30% dari Forex Samurai dan cara mendapat rebate $50 dari CashBack, sila <<
klik disini >>
Harap saya telah dapat menjawab pertanyaan saudara, tapi kalau masih ada yang tak jelas, bolehlah majukan kemusykilan selanjutnya.
Sama-samalah kita lihat perkembangan EA ini...