ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BEIJING 5 Ogos – Jarak yang jauh tidak menghalang seorang bapa di China untuk mempamerkan kasih sayang terhadap anaknya dengan membina sebuah papan jongkang-jongket yang dipercayai paling panjang di dunia oleh media tempatan.
Portal Oddity Central melaporkan, lelaki berkenaan, Liu Haibin menggunakan kreativitinya membina alat permainan itu yang dilengkapi pengesan pergerakan dan skrin televisyen berdefinisi tinggi (HD) untuk bermain dengan anaknya.
Isteri dan anak Liu yang berusia lapan bulan tinggal di bandar Tengzhou, manakala dia tinggal di Bandar Xiamen, dipisahkan jarak kira-kira 1,174 kilometer.
Liu juga menggunakan isyarat internet tanpa wayar dan data pengesan mudah alih pada alat permainan tersebut bagi melancarkan pergerakan dan membolehkan anaknya melihat dia pada skrin televisyen.
Lelaki berusia 30 tahun itu berkata, kenangan masa kecil bersama ayahnya membuatkan dia mencipta alat permainan itu untuk anaknya pula.
“Anak lelaki saya begitu gembira apabila bermain papan jongkang-jongket itu dan saya berasa terharu kerana dapat melakukan sesuatu yang bernilai untuk menggembirakan dia.
“Memori bersama ayah saya sentiasa memberi kekuatan dan saya mahu memberi kenangan berharga kepada anak saya pula,” katanya.
Liu merancang menggunakan peralatan itu selama tiga bulan lagi sebelum pulang ke Tengzhou untuk tinggal bersama keluarganya.
“Saya selalu sibuk kerana kerja dan hanya pulang ke rumah sebanyak tiga kali untuk menjenguk anak saya sejak dia dilahirkan lapan bulan lalu.
“Dengan alat permainan ini, saya berharap dia akan mempunyai kenangan yang indah untuk diingati bersama saya apabila dewasa dan menyedari usaha saya untuk menggembirakan hatinya,” kata Liu.