BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom Trade Relax Dengan Fibo

SUPERFOREX_AEDIN

Legendary Member
gem
Messages
10,349
Joined
Oct 26, 2009
Messages
10,349
Reaction score
75
Points
130
Assalammualakum,dengan lafaz Bismillahirahmanirahin saya dengan rasminya membuka satu kaedah trading yang simple dan sederhana dengan hanya menggunakan tools Moving average, RSI dan Fibonacci.

Walaubagaimanapun,kaedah yang bakal saya terangkan bukanlah satu kepastian untuk mendapat keuntungan kerana dunia forex adalah suatu bidang yang "dinamik" dan bukannya "statik". Oleh yang demikian saya memohon maaf sekiranya teknik ini tidak berjaya menghasilkan profit dan ianya kelemahan dari saya.

Ingin saya tekankan bahawa teknik ini juga bukanlah ciptaan saya kerana ianya merupakan cantuman dari pembelajaran saya terhadap forex selama 2 tahun di alam maya portal CG. Atas kesempatan ini saya ingin memberi kredit kepada seluruh warga CG atas ilmu yang dicurahkan dan semoga anda semua sentiasa berjaya memperoleh kejayaan.

Selama saya berkecimpung dalam dunia forex, pelbagai rintangan dan pengalaman pahit manis saya hadapi tetapi saya perlu tekankan bahawa formula untuk berjaya adalah "kawal emosi" anda. Tapi sebagai manusia biasa kita tidak akan lari dari sifat tamak dan sentiasa berfikir untuk sentiasa untung walau kita tahu bahawa bahaya berada di depan mata kita.(saya akan sharekan satu statement untuk menjelaskan "emosi" dengan lebih detail)

Pemahaman penggunaan indicator dan tools adalah penting kerana kita perlu mengerti dan faham mengapa kita gunakan suatu indicator tersebut agar lebih yakin melakukan trading. Berikut adalah tools/indicator yang saya gunakan beserta pehamanannya sekali.

1. Moving average - merupakan tools yang digunakan untuk mengukur purata pergerakan harga dalam tempoh tertentu dan sebagai trader kecilan saya hanya menggunakan Moving Average "Simple" 50 hari dan 14 hari. 50 hari digunakan sebagai penentu trend manakala 14 sebagai penentu awal perubahan trend. Saya mengklasifikasikan MA tersebut untuk melihat "mood trader".

2. Relative Strength Index - Tools yang sederhana tapi amat berkesan untuk menentukan trend samada UP/Down & OB/OS.

3. Fibonacci - Digunakan untuk menentukan Obstacle/halangan dan Take Profit dan Entry tidak semestinya di point tertentu seperti 50.0, 38.2 dll.

4. Feel Market kerana kita berhadapan dengan trader sedunia dan trader adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Kena byk feel dan imagine apa yang bakal/sedang dorang fikirkan.

Instruction
1. Buka chart H1 dan pasangkan MA 14(merah) MA 50(Biru)
2. Pasang RSI

Fasa Obervation
Perhatikan RSI Samada OB/OS dan jika OS sentiasa cari peluang untuk Buy manakala jika OB cari peluang untuk Sell.

2_zpsf9a9b37a.gif



Perhatikan harga dan lihat "Price Action" terhadapa MA 14 & MA 50, Masa ni la Feel kena ada dan sentiasa peka dengan pergerakan. Jika harga lepas MA 14 maka itu petanda awal perubahan harga dan seterusnya tetap perhati harga sehingga berjumpa dengan MA50. Sekiranya harga bergerak laju dan tembus MA50 maka bererti adanya daya kuasa yang kuat untuk berubah tetapi jangan lakukan OP sehingga tools fibonacci di tarik.

3_zpsda035eb0.gif


Peringatan
Pastikan jarak MA 14 & MA50 adalah jauh dan Harga adalah trending dan bukan mendatar spt dibawah.

1_zps88e896de.gif


Tarik Fibonacci dan tentukan high low wave pertama selepas berlakunya berakout MA 50 dan seterusnya kita akan dapat mengenal pasti/mengagak "check point" spt 161.8/261.8/423.6

6_zpse6bff164.gif


Fasa Tindakan
Kira total modal anda, dan tulis jumlah kerugian yang dapat di terima cth

Modal = $10
Rugi = $1

selepas itu kira perbezaan pip nilai harga semasa dan nilai harga tertinggi sebelumnya cth

100 pips maka 1/100=0.01 so hanya buka 0.01 untuk 1 lot dan setkan SL di nilai tertinggi sebelumnya.

OP SELL di harga semasa dan set SL.

Perhatikan level/point fibonacci dan sekarang pilih salah point golden fibo iaitu 161.8/261.8/423.6 untuk menentukan take profit.

11_zps7b0e1f85.gif


Nota: Hanya lakukan observation selepas UK Open

Harap teknik ni dapat bermanfaat kepada anda semua :)cgrock
 
Last edited:
thanks masta

i pollow....macam ni best ajar teknik trus A sampai Z

:D:D:D thanks :D:D
 
tahniah TT..ambo tumpng sekali ilmunya..semoga berkat ilmu dan kehidupan TT..
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13413
USD / JPY
157.214
GBP / USD
1.32287
USD / CHF
0.83355
USD / CAD
1.41777
EUR / JPY
178.302
AUD / USD
0.69861
Back
Top
Log in Register