Salam,
Bertemu lagi, Alhamdulillah sejak cuti baru ni banyak da projek kami yang da siap dan lulus dari TNB dan SEDA.. So owner da bole start collect duit Stat Bulan Depan InsyAALLAH..
Contoh BErgambar Rumah 12KWP Location di ARA Damansara.. Sebulan Boleh dapat RM1400-1600/month
View attachment 141626
Sambung Sembang-sembang solar kita..
So, local equipment hanya pada solar panel je la? Ingatkan sekalidengan inverter :">
Setakat ni masih panel. Cuma nanti akan dapat bonus di panel + Rooftop.. Akan dapat bonus tambahan juga kalau kita tukar atap rumah/parking lot kereta dengan bumbung solar..
Next:
macam menarik. parking dulu.
Menarik ni.. Jangan Risau.. dipersilakan bertanya atau nak share apa-apa berkaitan..
Next:
Just nak tanya, so far yang teman faham. FiT ni kita jual pada SEDA. Adakah kemungkinan berlaku situasi dimana, bila dah banyak owner solar, rate belian jadi makin rendah di masa hadapan.
Jadi owner punya keuntungan lambat dapat balik.... Tak ada pihak lain selain SEDA yang boleh beli
Ada perjanjian dengan TNB tuan.
Baru baca dengan teliti kat SEDA. Jaminan belian sehingga 21 tahun. Tapi ada juga state yang makin lambat pasang, lagi rendah rate die akan beli, bergantung pada masa perjanjian ditandatangani. Betulkan kalau silap
Betul tu, kadar FiT semakin menurun mengikut tahun. Jangan lupa, peralatan sistem solarnya juga semakin murah
Terima Kasih.. Dah Dijawab pun benda ni.. cuma nak tambah sikit.. Konsep dia macam ni.. Rate yang sama tetap akan dibayar selama 21 tahun.. So tak payah risau.. yang perlu di risaukan sekiranya system tak berfungsi dan memerlukan perhatian dan baikpulih.. tapi tak paya risau selalunya baik pulih tu tuan rumah boleh buat sendiri macam reset system dan pencucian solar panel..
Betul kadar FIT akan menurun, tapi tidak turun sekiranya kita sign contract awal.. makanya, siapa yang sign awal akan beruntung lah lebih sikit dari yang lambat..
Mengenai peralatan yang makin murah, setakat ni memanglah akan lebih murah kerana persaingan dari pembekal-pembekal, tapi kalau nak tunggu murah dan pada masa yang sama kadar FIT semakin menurun, so sama aje la..
Next:
Benda ni aku ade pg booth die kt hari peladang 2 bulan lpas..
Masih x brape phm tntg cre kire keuntungan dan etc etc..
Bg aku klau dpt power dr solar untuk kegunaan domestik mksudnye untuk rumh sndri tu
dah memadai
Benda ni memang sedang dikembangkan, tapi pesanan saya berhati-hati dengan tawaran janji manis pemaju (Project Developer) ada kalanya membuat atau memberikan sesuatu keuntungan yang tidak munasabah, contohnya system 4KW dikatakan akan memberi pulangan 1200-1500 ringgit.. itu adalah salah.. Secara konsepnya 4KW akan memberi pulangan RM500-600, 8KW RM1000-1200 dan 12KW RM1500-RM1600 dengan nilai (+/- 10%) bergantung pada waktu panas..
Perlu diingatkan juga pada yang berminat harga konsep untuk 1KW adalah bersamaan RM10K-RM14K.. semakin bertambah KW semakin murah harganya..
Berhati-hati dan pastikan mendapat consultant yang betul.. ini pesanan saya..
Untuk pertanyaan penggunaan sendiri lagi berbaloi.. untuk masa sekarang sementara FIT sedang tinggi, maka pemasangan adalah untuk pelaburan.. sekiranya harga FIT adalah sama dengan harga Belian (net Metering Cases) maka adalah lebih sesuai dibuat system untuk kegunaan sendiri kerana dapat menjimatkan penggunaan bil elektrik..
Next:
TT saya nak tau jugak. email kat saya
[email protected]
TQ ya!
TT saya nak tau jugak. email kat saya
[email protected]
TQ ya!
Akan di Email nanti..
Next:
minat jugak nak pasang solar kat rumah aku.....
tapi mahal nya ya mintak ampun....
Hehe pelaburan yang mahal akan memberi keuntungan yang baik InsyaALLAH.. Selagi matahari timbul dan system berfungsi baik, insyALLAH income tak akan menjadi masalah.. Ingat Pesanan Saya dapatkan consultant yang baik untuk pemasangan dan saranan..
Next:
Minta maaf, ingin memohon sedikit penjelasan. Berbaloi ke untuk dijadikan pelaburan.
- Kita terikat rate yang sama untuk 21 tahun, tiada perubahan harga.
- Kualiti PV makin merosot(wear n tear), performance drop selepas beberapa tahun, bermakna kurang penghasilan tenaga (kos untuk maintenance)
- Pendapatan dari sistem solar boleh dikenakan cukai
Ini yang perlu pencerahan.
Terikat dengan rate yang rata sepanjang 21 tahun sudahpun menunjukkan bahawa keuntungan akan dicapai.. berbeza sekiranya kadarnya brubah tiap tahun..
Kualiti PV yang merosot (Performance Drop) memang akan terjadi tapi percent sangat sedikit. PV akan berkurang kerana kehadiran habuk atau penghalang yang boleh menghalang dari mendapar sinaran matahari.. dengan membersihkan panel prformance akan menjadi Ok semula.. untuk jangka masa panjang, performance drop adalah sekadar pada 5-10%sahaja untuk 21 tahun.. (bergantung pada spesifikasi syarikat yang mengeluarkan panel solar)..
Setakat ini, pendapatan dari solar belum dikenakan sebarang cukai, pihak TNB masih membayar client saya dengan harga yang penuh tanpa cukai..
Ada yang bertanyakan mengenai kos pemasangan, sila cek post yang lepas untuk mengetahui harga yang ditawarkan..
Kuota akan dibuka tahun hadapan, so siapa yang berminat perlu mendapatkan consultant yang baik untuk memastikan kepuasan dengan duit yang digunakan..
Pesanan saya berhati-hati memilih project developer (From A-Z) mereka yang akan memastikan anda memperoleh semula pelaburan anda..
Untuk yang lain, kesedaran dalam bidang tenaga boleh diperbaharui ini juga penting untuk anak-anak dan masa depan kita.. di GERMANY, kesedaran rakyat mereka meningkat kerana kerajaan melaksanakan FIT yang menarik minat rakyat..
Jumpa lagi.. Jom Pakat Share lagi..
pertanyaan lanjut email pada
[email protected] /
[email protected]