BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jom layan lawak2 ni

Prasejarah

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat
bulan lima hari kat sini.
 
PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.
Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan
anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda
dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia
menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya
dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam
mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu
agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar
anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.
Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi
dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula
merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.
Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan
juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan
terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda
 
Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan.

Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan.
"Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer.
"Apa masalah awak?"DOKTOR BERTANYER.....
"Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........
 
Catatan Harian Seorang Wanita

Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam buku catatan.

12 April:
Aku bangga kerana naik kapal semewah ini. Akan ku ceritakan pada semua temanku.
Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka akan cemburu.

13 April:
Hari yang bertuah ... Aku berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaan ku benar .... Dia sangat gagah dan tampan ...aaah beruntungnya aku.

14 April:
Tanpa ku duga kapten mengajak ku makan malam dan ..... alamak dia juga sempat memuji kecantikan ku ..... Aku bangga.

15 April:
Dia mengajak ku makan malam lagi. Kapten ternyata nakal juga ... dia mula berani mengajak ku 'bercinta' dan menunggu jawapan ku esok.

16 April:
Dia menagih janji ..... dengan jual mahal ku tolak dia mentah-mentah. (Dia ingat aku nie apa...) Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal beserta 1200 penumpangnya.

17 April:
Pagi yang cerah ..... aku bangga kerana berjaya menyelamatkan nyawa 1200 penumpang.
 
Bintik Hitam

Ada sorang pompuan ni. Hari-hari dia pergi kedai dan setiap kali dia pergi kedai mesti beli krim penghilang bintik-bintik hitam.Sales girl yang kat situ pun peliklah sebab hari-hari dia beli benda yang sama. So,sales girl tu pun memberanikan diri tanya pompuan tue

Sales girl: Akak saya nak tanya akak sikit boleh tak?
Akak: Amendanya?
Sales girl: Apasal hari-hari akak beli benda yang sama?
Akak: Sebab tiap-tiap kali akak beli krim penghilang bintik-bintik hitam tak pernah bintik hitam dekat muka akak hilang.
Sales girl: Akak letak krim tue dekat mana?
Akak: OOooo...akak letak krim nie dekat sini (sambil menunjukkan tahi lalatnya).
 
PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.
Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan
anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda
dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia
menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya
dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam
mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu
agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar
anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.
Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi
dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula
merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.
Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan
juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan
terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda

:eek: :eek: :eek: :eek: ada gaya lucas2 skit...
 
sila bg komen anda yer
hehehehehe
klu nk lgi
mintak jer
hehehe
 
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
 
Back
Top
Log in Register