BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom kongsi resepi memasak !!

cube try resipi kek coklat kukus nie...sedap banget!!

2 bj telur + 1 1/2 cawan gula, pukul sampai kembang..

pastu masukkan susu cair 1 cawan, myk masak 1 cawan, putar...

dah sudah tu, masukkan tepung 2 cawan, serbuk soda bikarbonat 1 sudu teh, serbuk coklat 1 cawan, n air sejuk peti ais tu 1 cawan...

putar sampai sekata, jgn lupa masuk essen vanilla seket... da siap da...

boleh kukus dalam loyang @ dalam bekas plastik putih yg kecil2 tu...kalau dalam loyang tu, dalam 1 jam jer kukus, kalau dalam bekas plastik yg kecil tu, ikut pada saiz pengukus, kalau kukus kecil yang boleh muat dalam lebih kurang tujuh bekas, dalam 15 minit je da masak da...kalau kukus besar, lagi lame la...

kek ni sesuai utk sebarang majlis atau untuk minum petang...nyum..nyum..

selamat mencuba...hihi :-)
 
Siakap stim limau

Ikan Siakap

Bawang putih

Cili padi

Halia

Bawang besar

Serai

Daun limau purut

garam

Air limau nipis

Sedikit gula

Sos tiram

Secawan air (ikut selera)

Cara membuatnya:

Bahan2 tadi tu ikut selera masing2, nak potong halus2 atau nak blender je sume sekali. Pastu bahan tadi tu perap pada ikan, takyah lama2 pon takpe, 5-10 minit pon dah ok. Gaul ikan siakap dengan sos tiram. Tabur gula sikit. Siram air limau nipis dan kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Siap utk dimakan...

Resepi yang ringkas, tapi sedap beb..

Ikan Siakap ni hanyir sikit, cara nak buang hanyir tu aku lumur dgn daun limau nipis, kalau korang ada cara sendiri, terpulang dgn cara memasing..

bab stim siakap nie aku memang terrer dari bini aku..:">
dari resipi kat atas..
biasanya aku tak letak daun limau purut, limau nipis, gula & sos tiram..
ganti dgn 2, 3 biji asamboi ajer..
ikutkan bekas kukusan aku air aku campur dlm setengah cawan jer..
tu pun bancuh skit dgn tepung..
bau siakap stim nie memang wangi..
 
asam boi sama jgk ker rsa dgn limau tu? tapi awak masukkan sos cili jgk lah kan..:-?
 
cube try resipi kek coklat kukus nie...sedap banget!!

2 bj telur + 1 1/2 cawan gula, pukul sampai kembang..

pastu masukkan susu cair 1 cawan, myk masak 1 cawan, putar...

dah sudah tu, masukkan tepung 2 cawan, serbuk soda bikarbonat 1 sudu teh, serbuk coklat 1 cawan, n air sejuk peti ais tu 1 cawan...

putar sampai sekata, jgn lupa masuk essen vanilla seket... da siap da...

boleh kukus dalam loyang @ dalam bekas plastik putih yg kecil2 tu...kalau dalam loyang tu, dalam 1 jam jer kukus, kalau dalam bekas plastik yg kecil tu, ikut pada saiz pengukus, kalau kukus kecil yang boleh muat dalam lebih kurang tujuh bekas, dalam 15 minit je da masak da...kalau kukus besar, lagi lame la...

kek ni sesuai utk sebarang majlis atau untuk minum petang...nyum..nyum..

selamat mencuba...hihi :-)

kalau kukus pakai loyan kena bungkus tak dgn kertas logam tu? sb wap stim tu blh titis jd air masuk dlm loyang.. takut kek rosak plak..
 
Photo1097.jpg

Oleo Spaghetti

Bahan2 :

1/2 bungkus spaghetti
6 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit udang dibuang kulit
Sedikit sotong
Broccoli
Cili kering ( 2 - 3 keping) digunting dan dibuang biji
Basil leaves
Lada sulah
Garam secukup rasa.
Minyak zaitun

Cara2 :

Spaghetti direbus sehingga masak. Letak sedikit minyak masak dalam rebusan supaya tidak melekat.

Goreng cili kering menggunakan minyak zaitun dan diangkat ke tepi.

Dengan menggunakan minyak yang sama, bawang putih ditumis sehingga naik bau.

Setelah itu, masukkan sotong dan udang.

Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan spaghetti yang sudah direbus, cili kering yang sudah digoreng, broccoli, lada sulah, dan basil leaves.

Gaul sehingga rata. Pastikan anda menggunakan 2 sudip dan dengan hanya mengaup sahaja spaghetti tu k.... Jangan gaul sampai putus.

Selamat mencuba!

Sumber : http://amirahmdesa.blogspot.com/2011/10/resipi-oleo-spaghetti-mudah-dan-sedap.html
 
Last edited:
DSC_9592.JPG

Sushi Gulung

Bahan2:

1 cawan beras sushi jenama SUMO
2 cawan air
1 1/2 sudu cuka beras (rice vinegar)
1 sudu gula
Sedikit garam
Telur dadar
Crabstick
Timun (dipotong memanjang)
Tuna mayo
Seaweed

Cara2:
Masak beras sushi dan apabila sudah masak, biarkan selama 10 minit atau dibiarkan sehingga sejuk.
Cuka, gula dan garam dilarutkan.
Masukkan sedikit demi sedikit larutan cuka tadi ke dalam nasi. Gaul rata.
Susun dan gulung padat. Potong dan makan!

Sumber : http://amirahmdesa.blogspot.com/2011/11/homemade-sushi.html
 
Last edited:
406733_10150493629139533_551274532_8594133_1135424187_n.jpg

Puding roti

Bahan2:
6 keping roti
60gm butter dicairkan
1/4 cawan gula
230ml susu segar
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
kismis utk hiasan

Cara buat:
- Bakar roti sehingga sederhana garing, potong petak dan susun dlm loyang.
- Selang selikan roti dengan kismis dan sinpan sedikit utk hiasan atas puding.
- Masukkan butter yg dicairkan tadi ke seluruh bahagian roti.
- Pukul telur, masukkan susu segar, esen vanilla dan gula. pukul sehingga sebati.
- Masukkan bahan yg dipukul ke dalam adunan dan tabur lebihna kismin di atas puding.
- Bakar dlm suhu 180'C selama 20-25 minit.
​
 
Mini Pizza~!

Photo0178.jpg

Photo0169-tile.jpg

Ini bahan2 yang digunakan...untuk sardin tumis ikut sedap korang...buh bawang putih sket, bawang besar sket, garam sikit...

Photo0166.jpg

Sapu butter pada roti....

Photo0167.jpg

Sapu sos cili....

Photo0168.jpg

Sapu sardin pulak...pastu susun sosej leklok...

Photo0170.jpg

Letak cheesedale....dan g bakar....hi hi hi...

Photo0177.jpg

Ready untuk dimakan sudah...nyummy!​

Sumber: http://amirahmdesa.blogspot.com/2011/01/mari-belajar-buat-mini-pizza.html
 
Back
Top
Log in Register