BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom Ke "Pasar Bunga Shah Alam" Esok

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
16.10.2019 - Shah Alam, Peminat pokok bunga dan pelbagai produk pertanian dijemput datang ke Laman Budaya, Taman Tasik di sini esok hingga 20 Oktober ini.

Program `Pasar Bunga Shah Alam’ dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama empat hari itu bermula dari jam 9 pagi hingga jam 8 malam.

MBSA menerusi laman Facebook berkata, antara produk yang dijual seperti pokok-pokok bunga, baja sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk pertanian organik.

Selain itu, program itu juga diselit dengan pengisian menarik seperti pameran orkid, zoo haiwan, pertandingan melukis atas kanvas, mencanting batik, pertandingan memancing kanak-kanak dan jualan makanan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi MBSA di talian 03-5510 5133.

Berita asal https://selangorkini.my/2019/10/jom-ke-pasar-bunga-shah-alam-esok/

Pasar-Bunga-Shah-Alam.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2019/10/jom-ke-pasar-bunga-shah-alam-esok/
 
Back
Top
Log in Register