BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom Guna GNU/Linux

Aku suke linux. OS pilihan pertama aku dan sangat best.
 
Aku suke linux. OS pilihan pertama aku dan sangat best.

wah bagus bagus :) Up sikit thread ilmu ni..haraplah sangat kalau dipindah section dan di sticky kan...plz..:)cgrock
 
nak buat iso file.

Aku minat linux baru ajer. Baru beberapa tahun. Sampai la ni masih tak pandai-pandai. Kepada yang baru nak berjinak2 dalam dunia linux harap dapat bersabar pasal linux memerlukan tahap kesabaran yang tinggi macam mula2 nak belajar forex. Dulu aku dah cube redhat7,8,9,10 pastu tukar fedora pastu tukar mandrake pastu tukar centos pastu tukar slackware dan skrang dah 2 tahun dengan ubuntu. Aku rase ubuntu sangat bersesuaian ngan aku yg newbie dalam dunia linux. Mungkin jugak cara installation ubuntu yang mudah dan mungkin juga otak aku dah penat. Ntah la mungkin pasni nak try gentoo pulak.

Aku ader sedikit cara macam maner nak jadikan cd atau dvd ke file image iso dengan menggunakan linux.

Secara basik aku jalankan arahan seperti dibawah.

1.
Code:
cat /dev/cdrom > cd.iso
2.
Code:
dd if=/dev/cdrom of=cd.iso

Kalo cara 1 dan 2 tak menjadi mungkin di sebabkan cd atau dvd calar atau rosak aku menggunakan lagi cara no 2 dan ditambah sedikit perencah

2a -
Code:
dd if=/dev/cdrom of=cd.iso conv=sync,noerror
Arahan diatas bermaksud process diterus kan jugak walaupun cd tadi rosak. Arahan ini sesuai kalo kiter nak recover file yg terdapat dalam cd yg rosak. Kalo cd rosak teruk jenuh gak nak menunggu sampai abih proses.
- Terdapat jugak utiliti lain selain dd. Cube carik kat google dd_rescue. best gak dd_rescue ni.

macam maner nak bukak file iso tadi?
Ok, aku akan jalankan arahan mount.
login sebagai root dahulu pasal arahan mount hanya bole dijalankan oleh root ataupun kite bole jalan kan arahan sudo mount.
Code:
$ sudo mount -o loop cd.iso /mnt/test
atau
Code:
#mount -o loop cd.iso /mnt/test

Sekian. kalo ada aper2 nak tambah dipersilakan.
 
laling nak ucapkan terima kasih kepada Mod CG especially zolympus..kerana permintaan laling ditunaikan..alhamdulilah.
Mudah mudahan kita semua beroleh ilmu kat sini,manalah tahu esok microsoft tutup ke..malas dah billgate nak wat business ni.. haru kita..huhuhu..:)
 
linux ni aku gune seharian. Kat umah, kat opis dan kat kedai mamak. Kalo kat umah aku connect internet tanpa menggunakan proxy macam kat opis. Kebanyakan opis menggunakan proxy untuk menyambungkan pengguna ngan internet.

Macam maner nak meng update/install software dlm linux kalo kat opis yg ada menggunakan proxy?
Arahan dibawah dilaksanaka.
export http_proxy=http://<proxy-ip>:<proxy-port>
contoh export http_proxy=http://192.168.1.1:8888
jalankan arahan apt-get. Oleh kerana aku gune disto ubuntu sebab aku dah buntu maka aku jalankan arahan apt-get. Kalo dari distro redhat,centos dan fedora dan sekeluarga dengannye, gune arahan yum atau rpm.

$export http_proxy=http://192.168.1.1:8888
$sudo apt-get update
$sudo apt-get install mplayer xine conky

Senang btol linux kan. Jadi cubeler linux(promot pulak:D ).
 
apa yg bestnya pakai linux berbanding windows yg sedia ada best..
 
huh.. knape smpai skrg aku masih tak paham2 nk gune linux nie..

uwaa..
 
Back
Top
Log in Register