Jom Guna GNU/Linux

Recommended Brokers


Latest Threads

Sponsored Post

abdan

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
3,411
Reaction score
13
Points
25
syarat pertama nak pakai linux :

1) kenalah rajin2 kat pakcik google tu dan slalulah RTFM !
 

wan12345

Active Member
Joined
May 12, 2006
Messages
2,444
Reaction score
18
Points
25
linux ok bagus....
tapi x mesra sorfware....tu masalah dia....
tapi harap ader perubahan x lame lagi hehehe
 

aunpower

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2005
Messages
4,061
Reaction score
32
Points
30
wan12345 said:
linux ok bagus....
tapi x mesra sorfware....tu masalah dia....
tapi harap ader perubahan x lame lagi hehehe
tu nla masalahnye ngan linux ni.... banyak sangat yang tak leh masukk... tapi masalahnye... microsoft pon lagi pandai.. pakat ngan developer mersa microsoft.... so linux pon ak ramai le orang gune.... tu pasal bill gates leh kaye... cube linux jadi sebalilknye... sape plak yang jadik kaye...??? kehkehkeh
 

zolympus

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,415
Reaction score
241
Points
33
Aku terangkan dari awal, untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anda memahami asas dengan apa yang dikatakan sebagai Linux. Kalau ada yang mahu tambah, silakan. Kalau ada yang tersilap, sila perbetulkan.

-----

Linux ini sebenarnya adalah semata-mata adalah kernel. Kernel, pada mana-mana operating system (OS) adalah hati kepada OS berkenaan. Ia menerima arahan dari shell dan kemudian shell akan menterjemahkan semula kepada perkara yang difahami pengguna.

USER <-> SHELL <-> KERNEL

Bila dikatakan Linux itu percuma, ia merujuk kepada kernel. Linux ciptaan Linux Torvalds, itu ialah kernel. Oleh itu, bila merujuk kepada "Linux versi berapa', ia merujuk kepada versi kernel.

Download kernel : http://www.kernel.org

Kernel cuma menyediakan fungsi asas bagi satu-satu OS. Untuk membuatkan suatu OS yang lengkap, keperluan untuk menambah fungsi seperti penyunting teks, pemproses kata, perisian hamparan dan lain-lain ialah perlu. Pada waktu tersebut, projek GNU sudahpun menyediakan kesemua perisian tersebut cumanya, ia masih tiada satu perkara - iaitu OS . Hasilnya, terjadilah perkongsian bijak antara Linux dan GNU dan Linux yang kita guna hari ini, sepatutnya disebut sebagai GNU/Linux.

Kenapa Linux ada banyak versi? Kenapa Linux ada banyak jenis?

Jangan keliru. Linux hanya satu. Versi Linux, ialah merujuk kepada kernel. Versi-versi yang disebut itu, itu ialah distribution atau lebih mesra disebut sebagai distro. Distro mana yang lebih baik? Ini bergantunglah kepada anda sendiri, yang mana anda rasa yang terbaik untuk anda. Cuma, sebelum berpegang pada distro-distro yang kecil, adalah penting untuk anda mahir dalam satu-satu distro besar (melainkan anda ialah genius).

Contoh distro yang besar;
- Slackware
- Red Hat
- Gentoo
- Debian

Download Linux ISO di sini: http://www.linuxiso.org

Mengapa Linux, yang dikatakan percuma, mengenakan bayaran seperti dalam kes Red Hat Enterprise Linux ? Mengapa?

Kita ambil semula ayatnya dalam English. "Linux is Free". Free di situ bukanlah bermaksud "percuma" tetapi ialah "bebas". Bermaksud, anda boleh mengubah kod-kod di dalam OS anda, compile semula dan apa-apa sahaja bila OS berkenaan sudah di tangan anda. Jadi, ia mungkin bermaksud anda perlu bayar untuk mendapatkan OS ataupun tidak. Inilah yang membezakan Linux dengan Windows di mana kod Windows disembunyikan oleh Microsoft.

Kebelakangan ini, sudah ada kemudahan Live-CD iaitu anda boleh melarikan OS dengan menggunakan CD sahaja tanpa perlu memasang OS tersebut di cakera keras.
 

spiderman

Fun Poster
Joined
Mar 1, 2006
Messages
122
Reaction score
0
Points
10
Currently aku doq pakai Knoppix, so far OK laaa, pakai live CD, sbb serik dah nak access acc pakai microsoft. Aku pakai untuk access internet jaaa, untuk pakai software atau application selain dr internet baru pakai microsoft.

Zoly nak tanya sket untuk Linux knoppix camna nak activate firewall dierr dan camna kita nak set password untuk root. Thanks.
 

zolympus

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,415
Reaction score
241
Points
33
spiderman said:
Currently aku doq pakai Knoppix, so far OK laaa, pakai live CD, sbb serik dah nak access acc pakai microsoft. Aku pakai untuk access internet jaaa, untuk pakai software atau application selain dr internet baru pakai microsoft.

Zoly nak tanya sket untuk Linux knoppix camna nak activate firewall dierr dan camna kita nak set password untuk root. Thanks.
Aku rasa, kalo ko masuk knoppix ni terus masuk sebagai root kan? Aku pernah terai sekali dua knoppix ni tapi tu je la, sekali dua sebab incompatible dengan PC aku.

Agaknya dia guna blank password kot? Kalau macam tu, ko kena set baru la. Secara general, untuk set password dlm Linux/Unix ialah dengan menggunakan command

Code:
passwd
Ko masuk dlm console/shell, kemudian run command tu. Nanti dia akan minta ko taip password untuk dua kali.

Berkenaan dengan firewall tersebut, aku rasa kebanyakan yg dikatakan firewall dlm Linux ialah iptables currently (ipchain utk linux 2.2.x, dan ipfwadm linux 2.0.x). Kalau itu yang dimaksudkan, mungkin boleh dirujuk di sini;

http://hacks.oreilly.com/pub/h/2483

Nota tambahan:
Aku baru searching ni, dan mendapati ada knoppix yg ada firewall spt iptables, shorewall dan guarddog. Cuba cari kalau ada shortcut kat menu dia tu.
 

spiderman

Fun Poster
Joined
Mar 1, 2006
Messages
122
Reaction score
0
Points
10
Zoly, thanks for the info, aku dah jumpa firewall dia kat menu. Password mmg btoii laa cam hang explain tue. Thanks bro.
 

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
bagi mereka yg baru dlm linux, aku cadangkan pakai live cd. Aku suka pakai ubuntu sbb interface dia ala2 window. Sapa kata linux tak mesra software. Beribu sofware utk linux yg berada diluar sana. Hampir kesemuanya open source dan anda boleh gunakkannya percuma.Aku penah try suse 9.0, red hat 8.0, kolej linux, ubuntu, fedora dan xandros. Bg aku ubuntu dan fedora sesuai utk newbies. kalo nak guna software window kat linux pun boleh tp kena guna simulator. Apa ntah nama nya. Aku tak penah pakai software tu. Mungkin zolympus tau kot. Oh yer kalo nak free cd linux leh request kat website mimos. ni link dia http://mymirror.asiaosc.org/sendcd.html dan aku baru perasan program free cd ni dah temporarily suspended. Jd kalo korang guna streamyx korang leh download linux distro kat sini. http://mymirror.asiaosc.org/ ada 9 distro kesemuanya. Kalo korang penin nak pilih mana, amik saja ubuntu. ni link dia http://mymirror.asiaosc.org/ubuntu-distro/edubuntu/6.06/edubuntu-6.06-live-i386.iso
 

abdan

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
3,411
Reaction score
13
Points
25
bagi mereka yg nak start blajar dan paham os flow....blajar2 la pakai shell...kalo bole jgn install X windows. lagi susah lagi bagus....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register