BTC USD 84,110.3 Gold USD 4,290.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom Guna GNU/Linux

kalo nk install application windows aku recommend pakai crossover.. tu wine yang dicommercialkan.

milcom,
hang try install wine dulu then nanti baru post ape error die. ade bnyak kene tweak lagi pastu, bukan terus run je. sebab kalo terus run je confirm ade error.
 
buat pertama kali nyer aku nak menggunakan ubuntu disamping windows..

hopefully berjalan lancar...
 
Sambutan Ke-20 Tahun Linux

Sewaktu fon bimbit masih lagi besar gedabak, sewaktu kita masih lagi memakai dial-up yang berbunyi enoot..enoot.. dan sewaktu kita semua masih lagi menatap Windows 3.0 dan menganggap ia sebagai satu-satunya OS yang wujud di dunia. Hari ini kita patut bersyukur kerana kita dikurniakan minda terbuka.

Ini kerana pada April 1991, seorang budak yang baru memasuki alam dewasa mula mengutuskan surat dalam mailing list dengan ayat Jawa seperti di bawah:

tgTAY.jpg


Hari ini, kernel itu dikenali sebagai Linux dan satu projek yang dianggap hobi dan suka-suka akhirnya menjadi satu produk yang digunakan oleh berjuta-juta mesin dari fon seperti Android sehinggalah mesin raksasa yang dikuasakan oleh berpuluh ribu CPU. Termasuk jugalah server yang sedang digunakan oleh Jomlinux.

sshot4d9db5d136878.jpg


Setiap hari juga kita mengakses kernel ini secara sedar atau pun tidak (melainkan anda peminat fanatik Windows dan Mac OS, silalah abaikan ayat ini) — apabila anda mengakses Jomlinux, anda menggunakan Linux. Apabila mengakses Google, anda mengakses Linux begitu juga dengan Faebook, Twitter dan Yahoo!.

Oleh itu, sempena kejayaan Linux dan sempena ulang tahun kelahiran Linux yang ke-20. Linux Foundation mengumumkan beberapa program yang bakal dilangsungkan. Ada juga pertandingan mencipta video 20 tahun kelahiran Linux.

http://www.youtube.com/watch?v=5ocq6_3-nEw&feature=player_detailpage

http://www.jomlinux.com/2011/04/07/sambutan-ke-20-tahun-linux/
 
dah makin slow thread ni... pape pun, aku setuju ngan matfx. linux mint 14 kde latest yg aku gunakan ni pun laju je. walaupun laptop aku ni kategori dah outdated, tapi masih lagi mampu run tanpa masalah
 
salam semua.... singgah jap...
knp slow sgt thread kat cnie.....
hmmm mgkin kurang topik menarik kot.... untuk menarik org lain masuk
tapi apa2 pun harap thread GNU/Linux terus aktif
 
nak try gak lah kubuntu, tengok cam maner, lepas tak wine dengan warcraft yer ekeke,
 
Back
Top
Log in Register