BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom bincang bina android/ios game

Macam nak tenggelam je... meh saya tolong bump, nak share sikit.


Kebanyakan game sangkut sebab nak hasilkan asset. Asset ni macam graphic, sound effect, background music dan lain-lain. Jadi di sini, saya nak share tools untuk menghasilkan asset untuk game. Saya hantu open source jadi saya share yang free dan open source je la, kalau bajet tinggi boleh guna tools berbayar yang lain.


3D Modelling:
Blender
Makehuman - untuk create base mesh manusia, kemudian export ke Blender untuk touchup

2D/Vector Graphics:
Inkscape
Synfig (Animation)
Pencil2D (Animation)

Image Manipulation(photoshop):
GIMP

Pixel Art:
GraphicsGale
Piskel (online)

Texture Editor(guna photoshop pun boleh):
NeoTextureEdit

Sound Effect:
Bfxr

Music Composer:
LMMS
MuseScore (orchestra)

Audio Editor and Recorder:
Audacity

Font Editor:
FontForge

Map Editor:
Tiled

Concept Art:
Pensel dan kertas - lukis cincai-cincai je dulu, nanti boleh repair guna Inkscape atau photoshop


Banyak kan? Saya cadang kalau betul-betul serious nak develop game paling kurang mesti 2 orang, sorang hendel game logic, sorang lagi hendel game art.

Nak buat sorang-sorang pun boleh je.
 
Last edited:
Ni nak kongsi sedikit step-by-step kalau nak involve dalam game development, kalau nak skip pun boleh, cuma cadangan:


1. Pilih programming language:

C++
Performance laju, tapi susah sikit nak belajar. Kalau taktau memory management, tak pernah dengar perkataan 'Pointer', cuba elakkan.

Java
Ada garbage collection, jadi tak payah pening2 pasal memory management. Agak senang nak belajar.

C#
Sama macam Java, syntax pun nak dekat sama.

Lua
Digunakan secara meluas sebagai scripting language terutamanya dalam gaming industry. Saya tak pernah guna, tapi orang lain cakap senang, kena mintak pendapat TT.



2. Pilih multimedia library atau game engine yang guna programming language pilihan, antaranya:

C++
SDL (multimedia)
SFML (multimedia)
Polycode (C++/Lua) - support desktop only, diorang tengah plan untuk mobile
Ogre3D - graphics engine sahaja, bukan full game engine (kalau nak bikin game engine kena combine dengan library yg lain contoh, Bullet untuk physics, SDL/SFML untuk sound, enet untuk networking)
Irrlicht - sama macam Ogre, cuma handle graphics
OpenSceneGraph - graphics engine jugak

Java
LibGDX
jMonkeyEngine

C#
Unity3D
Microsoft XNA Game Studio - dah mati

Lua
Corona(yang TT guna)
Cocos2d
Polycode (C++/Lua) - support desktop only, diorang tengah plan untuk mobile



3. Lepas dah belajar programming language pilihan dan dah tau syntax semua, bolehlah start bikin game. Kadang-kadang orang sangkut kat sini sebab taktau nak buat game apa, dan ada pulak yang terlalu ambitious cakap nak terus buat game macam Call Of Duty, bila tak dapat buat terus give up~X(. Tak salah ada cita-cita besar, cuma mintak sabar... selangkah demi selangkah.

Jadi, kat sini saya list-kan game-game yang boleh dibikin sebagai permulaan mengikut tahap kesukaran(google nama game tu kalau nak tengok rupanya camane):

Hangman
- Tak payah graphic
- Belajar macam mana nak hendel string
- Pendedahan kepada game loop

Tic Tac Toe
- Sama, tak payah graphic pun boleh
- AI(lawan dengan computer). Mula-mula boleh buat pakai if...else.. je dulu. Kalau nak lebih advanced, boleh pakai Minimax algorithm

Pong
- Graphics!
- Belajar macam mana nak gerakkan objek
- Belajar collision detection(contoh untuk nak pantulkan bola bila terkena dinding)

Asteroids(game ala-ala top down shooter)
- Matematik, sebab nak bagi boleh tembak banyak arah
- Collision detection untuk check peluru tu kena tak orang jahat

Pac-Man
- Belajar buat map
- AI untuk kejar player

Mario/Flappy Bird
- Fizik
- Collision detection untuk lantai dan objek-objek lain
- Biasanya game engine memang dah sediakan physics engine. Contoh physics engine antaranya Box2D untuk 2D, Bullet untuk 3D



Mula-mula cuba buat tanpa rujukan. Bila sangkut kat mana-mana, google je. Tengok code orang lain buat macam mana, kat situ yang kita belajar.:D
 
Last edited:
wow...info terbaik ni...boleh r belajar slow2 ni....teringin nak buat game sendiri..tp ilmu lak takde..hehe
 
assalam...saje nak up balik thread ni...aku nak mintak tolong kat kawan di cg ni..sape ada atau tau tentang source code untk pac man dan pencil pilot...aku nak cuba belajar coding2 2 game di dlu...harap ada yg boleh mmbantu...
 
harap ade pembuat game tempatan mcm clash of clan...:)cgrock:)cgrock
 
parking duloo. mcm menarik ni. sy pon ade buat android app untuk final year project last sem ni :D:D:D
 
aku rasa kalau untuk permulaan
better buat game yang tak perlu AI
sebab AI programming is another branch on its own

better buat puzzle games,
aku rasa korang pun dah penah tengok macam mane banyak mobile apps yang dah sukses dengan puzzle games sekarang

nanti bila da power baru blajar AI
 
bagus la ada thread mcm nie.

rajin-rajin kongsi la.

satu lagi game engine yg guna drag n drop nie buildbox.banyak game dari kechapp guna engine nie.
 
Back
Top
Log in Register