BTC USD 81,406.6 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jom amal surah al ikhlas

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
http://www.youtube.com/watch?v=H3_BPu993xI&feature=youtu.be

surah al ikhlas yang beerti tauhid yang sebenarnya adalah surah yang ke 112 didalam al quran ,mengandungi 4 ayat sahaja,ia dinamakan al ikhlas kerana rasulullah saw diperintahkan oleh allah agar menegaskan kepada seluruh manusia bahawa allah adalah maha esa,maha satu,dan tiada sebarang bandingannya.surah ini adalah merupakan firman allah yang menjadi pokok akidah yang sebenarnya khususnya untuk dijadikan asas pegangan hidup umat islam itu sendiri. terdapat banyak hadis hadis rasulullah saw yang menerangkan fadhilat,faedah dan juga hikmahnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah al ikhlas ini.antaranya

sesiapa yang membaca surah al ikhlas ini satu kali,maka allah taala memberikan pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.(hr ubai bin kaab)

sesiapa yang membacanya 10 kali setiap lepas solat fardhu subuh maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun,walaupun syaitan bersungguh sungguh mengodanya (hadis ali bin abi thalib)

sesiapa yang membaca surah al ikhlas satu kali maka seolah olah ia membaca sepertiga al quran (hadis anas bin malik)
sesiapa membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah olah ia membaca keseluruhan al quran.(hadis anas bin malik)


sesiapa yang membacanya surah al ikhlas dalam setiap solat solat fardhu maka allah taala mengampuninya beserta kedua ibubapanya dan orang yang celaka lalu menuliskannya dalam buku buku catatan amal orang orang yang berjaya (dari sebuah khabar-majalis)


sebuh hadis rasulullah saw pula bermaksud,sesiapa yang membaca surah al ikhlas 10 kali maka allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah didalam syurga


sesiapa membaca surah al ikhlas semasa sakit yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tanganya hingga melepasi sirat menuju ke syurga (hadis at tabrani)


sebuah lagi hadis rasulullah saw bermaksud,sesiapa yang membaca surah al ikhlas diatas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat islam yang telah meninggal dunia maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia
 
Saya mendengar ulasan ustaz... - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith | Facebook

Saya mendengar ulasan ustaz berserban ini mengenai salah satu tafsiran Surah al-Ikhlas yang mengatakan dhomir هو itu kembali kepada Nabi sallallah alaih wasallam. (Rujuk video asal: )

Dakwaannya bahawa salah satu tafsiran ialah huwa itu merujuk kepada Nabi. Lalu ayat pertama ini ditafsirkan dengan:

Katakanlah dia (Muhammad) dan Allah itu satu.


Saya katakan:

Tidak ada dalam ayat itu lafaz "wa" yang bermaksud "dan" pun sebelum lafaz jalalah "Allah" untuk kita tafsirkan Nabi dan Allah itu satu.

Satu lagi dhomir akan kembali kepada sebutan yang terdekat sebelumnya adalah kaedah yang betul. Tapi tafsiran ini menggunakan kaedah di tempat yang salah. Mana ada nama Nabi Muhammad disebutkan sebelum huwa itu disebutkan.

Disebabkan itu ulama tafsir mengatakan dhomir huwa dalam ayat ini adalah dhomir al-Sya'n yang tidak kembali kepada sebutan terdekat sebelum itu.

Jadi tafsiran sebegini menyalahgunakan kaedah nahu dalam bahasa Arab.

Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas tahu bahawa surah ini adalah penegasan terhadap tauhid. Ia merujuk kepada sifat Allah yang Tunggal dan Esa. Sebab itulah ayat selepas itu juga merujuk kepada sifat Keesaan Allah.

Maka dalam isu ini saya bersama dengan Ustaz Noor Deros. Jangan dibiarkan penyelewengan terhadap makna surah dalam al-Quran berlaku. Ia mesti dibanteras. Bahasa Kelantan bahasa yang indah, tetapi penyelewengan dalam bahasa Kelantan tidak boleh dipertahankan.

Dr Rozaimi Ramle
 
orang2 Ilmu tinggi shj boleh bahas benda ni.. kita tak berani... w/pun um dah lebih 40 tahun.. tp farduan ain pun kita tak lepas lagi :D
 
Biar ahli yg tau saja berbalas
Yg tak tau pun bole bahas
Tp jgn koyak le 🤪

————-
4-DC74013-8978-4145-9-CE9-AD4-FE5592-DEA.jpg

DC8064-AF-F5-CB-40-C2-96-E7-39-DFAD6633-EF.jpg
 
kan ust muhaizad kata..ceramah tu tertutup..utk ahlinya sahaja..dan dia pun kata yg sidi rohimuddin mengiqrobkan akan surah al ikhlas tu..yg mana sidi rohimuddin mengatakan huwa itu kembali kepada nabi muhammad..so,dia jelaskn yg dimaksudkan akan satu tu..spt bab pupet...betul lah..yg jadi salahnya..jika kata Allah tu muhammad..atau muhammad tu adalah Allah..
 
kan ust muhaizad kata..ceramah tu tertutup..utk ahlinya sahaja..dan dia pun kata yg sidi rohimuddin mengiqrobkan akan surah al ikhlas tu..yg mana sidi rohimuddin mengatakan huwa itu kembali kepada nabi muhammad..so,dia jelaskn yg dimaksudkan akan satu tu..spt bab pupet...betul lah..yg jadi salahnya..jika kata Allah tu muhammad..atau muhammad tu adalah Allah..

Ilmu hakikat dah ni. Kena surrender awal....hehehe
 
Back
Top
Log in Register