daviddol
Legendary Member

- Messages
- 10,420
- Joined
- Jun 11, 2008
- Messages
- 10,420
- Reaction score
- 0
- Points
- 110
Senario politik membuktikan Johor semakin hilang. Bukan dalam sehari atau dua hari ini tetapi dijangka dalam masa 10 ke 20 tahun ini. Berikut ialah penjelasan lengkap bagaimana Johor semakin hilang.
Johor merupakan suatu negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang lama. Semenjak jatuhnya kerajaan Melaka, Johor menjadi tempat harapan sebilangan besar rakyat Melayu di kawasan selatan semenanjung sehinggalah penubuhan Malaysia.
Semenjak abad ke -14, Kesultanan Johor menjadi tempat berlindung rakyat Melayu. Selepas penjajahan selama beratus tahun, UMNO lahir dari Johor lalu membela nasib anak bangsa, bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain. Johor yang dikawal British semenjak 1914 kini dikawal oleh Malaysia. Untuk satu jangka masa, UMNO dilihat mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan Malaysia. Malangnya, langit tidak sentiasa cerah. Kepimpinan UMNO mula hilang taringnya apabila kepimpinan jatuh ke tangan orang-orang politik yang tidak berkebolehan, dan Johor semakin hilang.
Kedaulatan Malaysia & Johor semakin hilang berdasarkan bererapa perkara. Berikut ialah sebahagian darinya:-
1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.
2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.
3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.
4. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.
5. Isu-isu penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.
6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.
7. Singapura sentiasa kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.
Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura."
jangankan johor...sikit tahun lagi Malaysia pun akan lenyap..
UMNO memang best...![]()
![]()
Hai comment yg tak bernas..
1. Msia hy membekalkan air mentah dan di Spura mereka memproses air hingga menjadi air bersih..ko tau berapa kos memprosesnya..?
2. Pm pakLah tidak mau membebankan rakyat..dlm segi kos..lagi besar kos projectnya lagi besar wang yg akan masuk kocek org2 besar..dlm segi ekonimi dan bermusahan dgn negara jiran..
3. Alsan tak bernas..kaji balik kebyk kemalangan bembabitkan kete Msia..polis trafik memang suka saman kete Spura utk..pikirkan sendiri..???
4. Jgn menujuk jari dan menyalahkan org lain..sepatutnya kita harus buat kajian atau tanya diri kita sendiri kenapa??? apa sebabnya??? dan apa puncanya??utk memiliki pulau ni tlh berlansung di mahkamah antarabangsa dan diteliti olh org luar..bkn org Msia atau org Spura yg buat keputusan...
5. setiap penambakan harus menjalani keputusan antarabangsa..bukan sesuka hati nak buat penambakan..
6. tepuk dada tanya selera..ramai melayu Johor berugama kuat..mugkin yg dtg adalah org cina tapi cuba pikirkan dan badingkan mata wang Msia dgn Spura..berbaloi tak berjudi di Spura..lebih baik berjudi di Genting.
7. Setiap Insan diciptakan Tuhan ada kelebihannya..cuma kita harus pandai mengunakan kepintaran dgn secara bijak..Nabi kita pernah berkata "TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA" bermaksud..tuntutlah ilmu kerana ilmu ni tidak akan lupus di telan zaman..jadi yg penting berusaha..insyaallah akan berjaya satu hari kelak...
Ya saudara ku pikir2kan...wasallam...