BTC USD 84,037.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Bankrap 2012?

besa la.. khabar angin.. smpai telinga 2 3 org dah lain bunyinya..
 
***** punye artikel..

da xder kerja lain nth..

wlupun ni sekadar fitnah, tp panas ati membacanya..
 
JCorp untung RM670 juta pada 2009

JOHOR BAHRU 12 Julai - Kumpulan Johor Corporation Bhd. (JCorp) mencatatkan keuntungan sebanyak RM670 juta pada 2009 berbanding RM660 juta pada tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, peningkatan RM10 juta atau dua peratus itu kebanyakannya disumbangkan daripada tiga anak syarikatnya.

"Antara anak syarikat yang memberi sumbangan iaitu keuntungan sebelum cukai ialah Kumpulan Kulim (Malaysia) Berhad sebanyak RM522 juta, Kumpulan KPJ Healthcare Berhad (RM144juta) dan Kumpulan KFC Holdings (Malaysia) Berhad (RM230 juta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai prestasi dan pencapaian kewangan JCorp 2009 di Persada Johor, di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata, keuntungan tersebut adalah berdasarkan jumlah jualan kumpulan itu yang mencatatkan RM8.2 bilion berbeza dengan RM6.3 bilion sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, pendapatan beberapa anak syarikat lain mencatatkan penurunan iaitu sebanyak RM562 juta berbanding RM807 juta bagi tempoh yang sama.

Punca penurunan pendapatan itu, katanya, disebabkan kejatuhan harga minyak sawit di pasaran semasa selain beberapa faktor lain.

Beliau memberitahu, sehingga hujung tahun lalu, nilai modal pasaran saham milik lapan anak syarikat JCorps termasuk anak syarikat Kulim ialah RM10.4 bilion.

Nilai berkenaan katanya, meningkat sebanyak 155 peratus daripada RM2.55 sesaham yang dicatatkan pada 31 Disember 2008 kepada RM6.51 sesaham bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, saham Kulim juga mencatatkan peningkatan harga pasaran secara berperingkat daripada RM4.58 sesaham pada 31 Disember 2008 kepada RM7.55 sesaham pada 31 Disember 2009.

Perkembangan yang memberangsangkan itu katanya, menyumbang kepada modal pertumbuhan sebanyak 64.8 peratus.

"Peningkatan harga pasaran Kulim telah berjaya mengatasi indeks komposit dan juga indeks perladangan yang masing-masing mencatatkan sebanyak 45 peratus dan 53.6 peratus," ujarnya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
 
Mengenai dakwaan JCorp akan muflis dan bankrap berikutan hutangnya dengan bank sebanyak RM3.58 bilion yang perlu dibayar sebelum 31 Julai 2012, beliau berkata, tuduhan itu tidak benar.

Jelasnya, JCorps mampu membayar hutang tersebut berdasarkan pencapaian kewangan tahunannya yang meningkat saban tahun selain nilai aset-aset milik anak syarikatnya.

"Jumlah keseluruhan aset nyata dan tidak nyata milik JCorp adalah kira-kira sebanyak RM18.7 bilion berbanding jumlah liabilitinya sebanyak RM13.2 bilion," katanya.

Tuduhan tersebut katanya, dibuat oleh parti politik pembangkang untuk tujuan keuntungan politik selain tidak mendapat penjelasan sebenar daripada pihak JCorp.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm
 
kekadang org b.odo.h berkate mmgle senang.. aku ngk skg xplak bankrupt.. ni le mslh suke wat fitnah.. xpsl2 kene hamun..
 
ni dah tgh 2010 ckp 2012 muflis.. kalu xmuflis mmg makan dose keringle dan maki hamun orgle.. fitnah.. dan fitnah..
 
ni dah tgh 2010 ckp 2012 muflis.. kalu xmuflis mmg makan dose keringle dan maki hamun orgle.. fitnah.. dan fitnah..

haha..ko pn 1 budus...kang kt paper tu da kate KALAU xdpt jelaskn utang tu baru la bangkrup...klu dapat byr xbangkrup la..klu 2012 xbangkrup,bgs la tu...bermkna leh la byr utang tuh..hadoi...ape yg fitnah nye tu..btl la tu...ko jek maki hamun lebih...bkn die dpt dosa..ko yg dpt dosa tau x....tanggung sndri....:)):))
 
Back
Top
Log in Register