BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jodoh tak kenal usia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg




KLUANG - Program Kendarat Perdana Perkahwinan Mega 2015, baru-baru ini, diserikan pasangan warga emas, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman, 70, dan Rahimah Manan, 63, yang melangsungkan perkahwinan kali ketiga mereka bersama pasangan lain.

Syed Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera laut sejak 37 tahun lalu menyifatkan, perkahwinan kali ketiga ini sangat meriah dan didoakan berkekalan hingga akhir hayatnya.

Katanya, dia dan isteri telah berkenalan selama lima tahun selepas dia diserang angin ahmar secara tiba-tiba di sebuah masjid di Taman Kasih Kluang.

“Ketika itu isteri bertugas sebagai anggota Rela datang bantu dan bawa saya ke hospital. Sejak itu kami kenal sampai saya ajak dia kahwin pada 2012.

“Tetapi masa itu isteri menolak sebab takut saya berniat jahat. Dia sudah dua kali kahwin dan dikurniakan empat anak. Saya pun sama, sudah dua kali kahwin, isteri pertama meninggal dan yang kedua bercerai. Saya juga ada empat anak tapi semua duduk jauh.

“Selepas itu isteri saya diserang sakit ulser, saya tolong dia sampai anak-anak suruh kami kahwin. 1 Oktober lalu kami dinikahkan di Masai, Johor,” katanya.

Syed Abu Bakar berkata, disebabkan dorongan anak-anak, dia dan isteri bernikah serta diraikan dalam persandingan beramai-ramai di Dataran Tasek Puteh Kluang.

Katanya, hasrat bersanding beramai-ramai adalah permintaan rakan serta anak-anak yang mahu melihat dia dan isteri bersanding.

“Saya hanya bersetuju dan tidak salah kami bersanding bersama-sama pasangan pengantin yang jauh lebih muda dari kami,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/jodoh-tak-kenal-usia-1.461265
 
untung pakcik pasal budi dia jadi cinta.. kami geng muda.. rupa xda.. material duit xda.. sekoq apa pompuan x mau.. yang suka kami kucing kucing mai dok seren-deh kaki..
 
untung pakcik pasal budi dia jadi cinta.. kami geng muda.. rupa xda.. material duit xda.. sekoq apa pompuan x mau.. yang suka kami kucing kucing mai dok seren-deh kaki..

Aduh...sedih btol bunyinya...
InsyaAllah, akan tiba juga. Kena usaha dulu
 
untung pakcik pasal budi dia jadi cinta.. kami geng muda.. rupa xda.. material duit xda.. sekoq apa pompuan x mau.. yang suka kami kucing kucing mai dok seren-deh kaki..

Dah hat nak kat hang sorang habuk pun
hang percaya kat depa. Mana la hati
depa tak sayu?

Depa pun satu hal jugak. Kami ada,
padahal...:D
 
Klu kahwin camnie orang tak bising. Kira oklah.. Jangan umur 73 tp pompuannya 23.. Mau hot kat cg ni..
 
Kalau dah jodoh...moga pakcik bahagia hingga akhir hayat
 
kang pempuan mau kat hang, hang tuduh curang la apa la.
tu pasal takda marka.

aku ada.. tp aku x letak 100% percaya.. aku meluat lg ada.. tambah aku esok dah menikah lg aku tambah meluat.. jangan buat t*ik ngan benda aku x suka ja.. aku dah pernah kena.. sampai mampoih aku ingat.. tinggal nak menikah ja.. kutu balas.. laa nie.. ang nak.. tunggu.. x mau.. sila beramboih aku kata.. aku dah belajar tuk kenal simpton dan jadi tegar berdikari serta egois.. bukan saja aku nak kata.. :eek:
 
untung pakcik pasal budi dia jadi cinta.. kami geng muda.. rupa xda.. material duit xda.. sekoq apa pompuan x mau.. yang suka kami kucing kucing mai dok seren-deh kaki..


ayat kna powerr bang
 
Back
Top
Log in Register