BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usia Perahu Lama Di Tanah Merah Dalam Penilaian JWN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
02f7fc05c5b41b729457d011d7efaf9c69f9614fddd2f

baf964d2c323e9dbe1fd32ca8e1c8a7469f961627ba8a

Usia sebenar sebuah perahu lama yang ditemui di Kampung Bukit Kechik, di sini, kini dalam penilaian Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi menentukan sama ada ia mempunyai nilai sejarah yang signifikan.

Kurator Kanan Bahagian Arkeologi JWN, Rokiah Abdul Samat berkata pihaknya telah melakukan tinjauan awal susulan aduan diterima bagi mengesahkan laporan serta tujuan dokumentasi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Usia sebenar sebuah perahu lama yang ditemui di Kampung Bukit Kechik, di sini, kini dalam penilaian Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi menentukan sama ada ia mempunyai nilai sejarah yang signifikan.

Kurator Kanan Bahagian Arkeologi JWN, Rokiah Abdul Samat berkata pihaknya telah melakukan tinjauan awal susulan aduan diterima bagi mengesahkan laporan serta tujuan dokumentasi.

Beliau berkata walaupun penemuan perahu berkenaan mungkin dilihat tidak signifikan oleh sesetengah pihak, tindakan penduduk kampung melaporkannya merupakan langkah penting dan wajar dicontohi.

“Penentuan usia perahu berkenaan memerlukan kajian dan analisis lanjut sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, penduduk kampung turut menunjukkan minat untuk memulihara dan memelihara perahu tersebut, termasuk mencadangkan agar ia disimpan di lokasi sesuai untuk dipamerkan kepada generasi muda.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Kechik, Md Noor Hassan berkata penemuan itu bermula apabila beberapa penduduk menyedari kelibat objek menyerupai rangka perahu yang sebahagiannya tertanam di dasar tebing sungai.

Beliau berkata keadaan air yang semakin surut sejak kebelakangan ini menyebabkan struktur perahu tersebut mula kelihatan dengan lebih jelas.

“Pada awalnya penduduk hanya melihat sedikit bahagian rangka di tebing sungai. Namun selepas paras air menurun, keseluruhan struktur semakin terserlah.

“Penduduk kemudian mengambil inisiatif mengorek kawasan tersebut untuk melihat dengan lebih dekat bentuk sebenar perahu berkenaan,” katanya di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register