BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Tanah Merah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
4d9a94aedb497338c8adc0ece6100c4a69b9f04675e32

Kredit: JBPM Kelantan

Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah Merah, Jalan Machang-Tanah Merah awal pagi tadi.

Komander Operasi PBK II Hamdan Abdullah berkata mangsa yang maut itu ialah seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 4.35 pagi mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu sebuah kereta Perodua Myvi yang melibatkan enam mangsa dan sebuah kereta BMW 5 Siri yang melibatkan seorang mangsa.

"Dua mangsa, iaitu penumpang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang lain selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register