BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jodoh anak murid sendiri

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
jodohh.jpg


JAKARTA – Seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.

Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

“Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.

“Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.

Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.

“Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.

“Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan,” katanya.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.

Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri. – Agensi

 
crush dkt cikgu sendiri?

29 tu muda lagi..

49 baru boleh kata andartu
 
29 tahun tak tua mana pun..
muda belia lagi tu...
 
lelaki 10 tahun muda normal zmn skrg.....
bkn zmn skrg je, Nabi pun sama.....

lagipun kahwin secara sah/halal kan.....bior je la dia....
"aku yg kahwin, ko yang panas" ... :ROFLMAO:

yang penting, jgn ambik bini org dh...kan tak pasal2 kene libas parang.. 😅
 
Last edited:
muda sgt pun lg lain la taste MILF :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register