BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKM Cari Waris Kanak-kanak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
bb2959ee91167c2334aa0fd3217964a9687474bcf3676

Kredit : JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah beg pakaian di hadapan sebuah rumah dekat Sri Kembangan, Serdang, Selangor pada 23 Feb 2019.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar Natroh Ahmad berkata bayi yang diberi nama Mohd Naim Nizar itu kini dianggarkan telah berusia enam tahun.

“Bayi ini pada mulanya dijaga oleh penjaga pertama iaitu pasangan suami isteri pada 2019 di Sungai Petani. Bayi yang diletakkan di dalam beg pakaian di hadapan pintu rumah pasangan itu hanya dibalut dengan kain lusuh, masih bertali pusat, diletakkan dalam beg bertali, namun zipnya dibiarkan terbuka.

“Bagaimanapun, pasangan itu telah menyerahkan bayi berkenaan kepada pasangan suami isteri lain, yang tinggal di Kampung Selarong Lalang Kanan (di Alor Setar) pada Mac 2020,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya ingin mencari waris kanak-kanak itu untuk melancarkan proses pendaftaran sijil kelahiran bagi memudahkan pendaftaran sekolah.

“Diminta waris kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dengan segera di talian 04-720 2370,” katanya.

Pada 2019, pasangan suami isteri dikenali sebagai Nur Shaidatul Dira Efendi dan Khairul Aidil Shazwan pernah mencari waris kepada seorang bayi lelaki itu, namun gagal.

 
Back
Top
Log in Register