BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKDM Sarikei Rampas Rokok, Minuman Keras Tidak Berkastam Bernilai RM7.28 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
45adb17a8bf3cc6d6a37ec8b2a7108b06964964f1c449

Kredit : JKDM Sarawak

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarikei berjaya merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai keseluruhan RM7,288,455.05 dalam satu serbuan di sebuah rumah di sini bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Norizan Yahya, berkata rampasan itu melibatkan 6,766,400 batang rokok dan 89,416.80 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kelulusan kastam.

“Serbuan dijalankan pada 19 Dis 2025 pada 9.15 malam hasil maklumat risikan Ibu Pejabat, oleh sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarikei,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di premis beralamat di Lorong Rantau Panjang Jaya 3H menemukan barangan yang disyaki sebagai barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Nilai sitaan bagi rokok dan minuman keras tersebut dianggarkan sebanyak RM1,209,043.20, manakala jumlah duti import dan cukai terlibat pula dianggarkan sebanyak RM6,079,411.85.

Beliau berkata kes itu kini masih dalam siasatan dan modus operandi yang digunakan ialah dengan menyimpan rokok serta minuman keras tidak berkastam di premis kediaman bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau larangan import.

 
Back
Top
Log in Register