BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKDM Pulau Pinang Serbu Stor Ladang Sawit Proses Minuman Keras

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80
6424f7f84ba90f8f2cd298d42c342d5869856fc0102f5

752301ac9077fc601b0c845e3dab439f69856fcf3d676

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang Datuk Rohaizad Ali (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok putih dan minuman keras dengan anggaran nilai barangan serta cukai bernilai RM10,7 juta yang dirampas dalam operasi di Sungai Dua, Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Disember 2025 dan 6 Januari lepas ketika mengadakan sidang media di Kompleks Penguasaan JKDM Negeri hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menyerbu sebuah stor dalam ladang kelapa sawit di Sungai Dua, di sini yang dijadikan kilang pemprosesan minuman keras tidak bercukai pada 6 Jan.

Pengarah JKDM negeri Datuk Rohaizad Ali berkata serbuan oleh pasukan Bahagian Penguatkuasaan hasil maklumat dan risikan itu menemukan botol dilekatkan label pelbagai jenama mengandungi cecair disyaki minuman keras.

“Pemeriksaan juga menemukan tong berisi etanol serta pelbagai peralatan digunakan untuk memproses minuman keras seperti gulungan setem cukai kastam palsu, alat membungkus, mesin pemasang penutup dan pelekat label.

“Sebanyak 10,391 botol atau 4,208.7 liter minuman keras jenis wiski ditemukan disyaki tidak berkastam bernilai RM717,963 termasuk cukai RM516,072,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri di sini hari ini.

Rohaizad berkata sebahagian daripada minuman keras itu telah ditampal setem cukai kastam, namun semasa serbuan premis tersebut tidak berpenghuni.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik premis dan berdasarkan bil utiliti ia didaftarkan atas nama individu warga tempatan,” katanya.

Rohaizad berkata pihaknya telah menyita semua minuman keras itu yang dipercayai untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 74(1)(f) Akta Eksais 1976.

 
Back
Top
Log in Register