BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKDM Rampas Minuman Keras, Tumpas Sindiket Proses Bir Haram

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
1b6eded0279d626baf42d8c982b5a17f69b78e7f9fbfe

34536d6aa5a9933a6d53be2ebb2e3d6a69b78e749a820

59344bc7fb0741639836c03a6861df3669b78da4af509

Pengarah Kastam Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud (dua,kanan) menunjukkan barangan yang disita ketika sidang media mengenai penyeludupan minuman keras dan sindiket pemprosesan serta pembotolan haram di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas minuman keras tidak berkastam dianggarkan bernilai hampir RM400,000 menerusi penahanan sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.

Pengarah JKDM Kuala Lumpur Wan Norizan Wan Daud berkata rampasan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dalam operasi Ops Petasan pada 9.30 malam 11 Feb.

“Pemeriksaan terhadap kontena bersaiz 40 kaki itu menemukan minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan anggaran kuantiti 4,552.52 liter yang bernilai RM380,524.16 termasuk duti dan cukai,”  katanya pada sidang media di Kompleks JKDM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Wan Norizan berkata pengimportan minuman keras memerlukan lesen import serta setem cukai yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam Malaysia di bawah Peraturan 42(1) Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

Dalam kes berasingan, beliau berkata JKDM Kuala Lumpur mematahkan sindiket pemprosesan dan pembotolan bir secara haram dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam dekat sini pada 3.30 petang 6 Feb.

“Serbuan hasil maklumat awam itu mendapati premis tersebut digunakan untuk menjalankan aktiviti pemprosesan serta pembotolan minuman keras tiruan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pemprosesan dan pembotolan serta minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan anggaran kuantiti 703.3 liter melibatkan nilai serta duti atau cukai dianggarkan RM208,594.24,” katanya.

Wan Norizan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 74(1)(f) Akta Eksais 1976, iaitu kesalahan mengambil bahagian menyuling, menapai atau mengilang barang berduti.

Beliau berkata JKDM menggesa orang ramai membantu pihak berkuasa memerangi jenayah penyeludupan, khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.

 
Back
Top
Log in Register