BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jiran jerit nenek kena tembak

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
Capturen_1568456860.jpg










SUDAH menjadi rutin harian ibu untuk ambil angin dan duduk di luar rumah setiap kali selepas makan malam, namun semalam dia ditemui terbaring berlumuran darah selepas bunyi beberapa letupan,” kata S Ganeson, 57, anak kepada P Indrani, 78, warga emas yang maut akibat peluru sesat dalam rompakan bersenjata api di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.

Ganeson berkata, sebelum kejadian dia bersama lapan ahli keluarga termasuk ibu selesai makan malam dan selepas itu, dia bersama anak dan isteri menonton televisyen manakala ibunya keluar mengambil angin di luar rumah seperti biasa.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, tiba-tiba mereka sekeluarga terdengar bunyi dua letupan tetapi hanya menyangkakan bunyi mercun.

“Bagaimanapun, tiba-tiba keadaan di luar bising dan orang ramai mengejar dua lelaki bersenjatakan pistol. Ketika itu, kami masih belum sedar ibu terkena tembakan kerana pintu rumah tertutup dan semua panik.

“Isteri menutup semua tingkap kerana bimbangkan keselamatan dua anak kami yang berada dalam rumah. Pada masa sama, kami mencari ibu dan berhenti apabila jiran menjerit nenek kena tembak... ketika itu saya terpaku seketika melihat ibu berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurutnya, mendiang sudah uzur dan menghidap minor strok menyebabkan pergerakannya perlahan.

Katanya, mendiang Indrani akan disemadikan di krematarium Hindu Jalan Kebun Teh selepas semua ahli keluarga tiba dari Setiawan, Perak.

“Biasanya ibu akan duduk di luar rumah sehingga jam 10 malam untuk berehat dan menunggu kepulangan cucunya dari tempat kerja.

“Berdasarkan perbualan dengan jiran, ibu dipercayai terkena tembakan apabila salah seorang suspek terjatuh ketika dikejar orang ramai sebelum lelaki itu melepaskan tembakan secara rambang.

“Salah seorang lelaki melepaskan tembakan ke belakang kerana dibaling objek oleh individu yang mengejarnya. Tembakan itu dikatakan mengena ibu,” katanya yang menyewa di kejiranan itu sejak 16 tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang mangsa samun, Muhammad Nur Hafizi Abdullah, 21, berkata suspek menerjah masuk ke rumah sewa sebelum mengacukan pistol dan meminta dia serta rakan menyerahkan wang serta barang berharga.

“Ketika itu saya dan lima rakan menonton televisyen dan pada mulanya kami menganggap ia hanya gurauan dan pistol digunakan adalah pistol mainan.

“Bagaimanapun, apabila kami nekad menyerang suspek, dia panik dan melepaskan satu das tembakan mengenai kaki salah seorang rakan serumah sebelum melarikan diri.

“Perompak turut melarikan kunci motosikal rakan serumah manakala wang serta telefon bimbit diambilnya terjatuh ketika dia cuba melarikan diri dan bergelut dengan orang ramai yang datang membantu,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/496640/jiran-jerit-nenek-kena-tembak





Tragedi tembakan rambang
WARGA emas maut, manakala remaja lelaki parah selepas terkena tembakan dalam kejadian samun di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 8.57 malam dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.


“Hasil maklumat awal, kami dapati dua lelaki cuba menyamun rumah didiami enam lelaki dan suspek melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena bahagian bawah kaki kanan seorang penghuni rumah itu berusia 18 tahun.

“Suspek bagaimanapun gagal menyamun kerana diserang mangsa yang juga penyewa rumah berkenaan,” katanya hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, suspek melarikan diri dan melepaskan dua das tembakan lagi apabila melihat orang mengejar mereka.

Katanya, tembakan keempat terkena bahagian kanan kepala mangsa wanita berusia 78 tahun yang ketika itu duduk di laman rumahnya di kawasan berhampiran.

“Kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dengan menunggang motosikal Honda EX5 milik lelaki lain. Mereka menyamun motosikal itu selepas mengacukan pistol ke arah mangsa.

“Wanita berusia 78 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan remaja lelaki itu masih dirawat di hospital sama,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti kedua-dua suspek dan usaha mengesan mereka giat dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA).

“Kes ini samun bersenjata api dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran,” katanya.






sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/496530/tragedi-tembakan-rambang





.
 
image.jpg


2 suspek kes samun diberkas
2 suspek kes samun diberkas


PASIR GUDANG 17 Sept. - Dua suspek kejadian samun yang menyebabkan seorang wanita warga emas maut dan seorang remaja lelaki cedera pada 13 September lalu di Kangkar Tebrau berjaya ditahan polis dalam dua tangkapan berbeza di Pasir Gudang dan Plentong, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, turut ditahan seorang wanita yang berada bersama-sama suspek ketika tangkapan dibuat.

Menurut beliau, polis mengesan suspek yang menaiki sebuah kenderaan curi di sekitar Pasir Gudang, awal pagi semalam sebelum cuba menahannya namun bertindak melanggar kenderaan peronda polis dan melarikan diri.

"Polis yang terpaksa menembak tayar depan kenderaan itu berjaya menahan dua suspek, seorang lelaki dan seorang perempuan manakala seorang lagi suspek lelaki meloloskan diri.

"Operasi mengesan suspek yang melarikan diri dibuat serta merta sebelum suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Plentong kira-kira 24 jam kemudian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini sebentar tadi.

Pihaknya turut merampas sebuah kenderaan yang dicuri dalam satu kejadian samun daripada seorang mangsa di sebuah bank di Taman Molek di sini pada 14 September lalu, sepucuk revolver dan sebutir peluru hidup.

Jumaat lalu, dua suspek lelaki berkenaan menyamun sebuah rumah di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau sebelum melepaskan beberapa das tembakan yang mencederakan seorang penghuni rumah dan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 dan 4 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971. - UTUSAN ONLINE



Kenyataan PDRM Johor

111.jpg



Dua suspek yang melepaskan tembakan rambang sehingga membunuh seorang warga emas dan mencederakan seorang remaja Jumaat lalu ditahan polis dalam dua tangkapan di Pasir Gudang dan Plentong, tengah malam semalam dan awal pagi tadi. - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

apa punya penjahat ni...dengan orang tua yg uzur pun mau tembak...takziah untuk keluarga
 


Dua suspek yang melepaskan tembakan rambang sehingga membunuh seorang warga emas dan mencederakan seorang remaja Jumaat lalu ditahan polis dalam dua tangkapan di Pasir Gudang dan Plentong, tengah malam semalam dan awal pagi tadi. - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
 
Bagus budak2 tu.. berani gila.

Silap banyak la perompak tu pergi rompak dia.
Padan muka siperompak dah kena berkas.

Tapi kesian pulak nenek ni jadi mangsa
 
image.jpg


2 suspek kes samun diberkas
2 suspek kes samun diberkas


PASIR GUDANG 17 Sept. - Dua suspek kejadian samun yang menyebabkan seorang wanita warga emas maut dan seorang remaja lelaki cedera pada 13 September lalu di Kangkar Tebrau berjaya ditahan polis dalam dua tangkapan berbeza di Pasir Gudang dan Plentong, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, turut ditahan seorang wanita yang berada bersama-sama suspek ketika tangkapan dibuat.

Menurut beliau, polis mengesan suspek yang menaiki sebuah kenderaan curi di sekitar Pasir Gudang, awal pagi semalam sebelum cuba menahannya namun bertindak melanggar kenderaan peronda polis dan melarikan diri.

"Polis yang terpaksa menembak tayar depan kenderaan itu berjaya menahan dua suspek, seorang lelaki dan seorang perempuan manakala seorang lagi suspek lelaki meloloskan diri.

"Operasi mengesan suspek yang melarikan diri dibuat serta merta sebelum suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Plentong kira-kira 24 jam kemudian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini sebentar tadi.

Pihaknya turut merampas sebuah kenderaan yang dicuri dalam satu kejadian samun daripada seorang mangsa di sebuah bank di Taman Molek di sini pada 14 September lalu, sepucuk revolver dan sebutir peluru hidup.

Jumaat lalu, dua suspek lelaki berkenaan menyamun sebuah rumah di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau sebelum melepaskan beberapa das tembakan yang mencederakan seorang penghuni rumah dan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 dan 4 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971. - UTUSAN ONLINE


 
Back
Top
Log in Register