BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jiran jerit nenek kena tembak

Hebat betul PDRM Johor.

Memang kena tabik respect. Sekejap jer penjenayah dapat trace dan tangkap. Keep up the good work (y)
 
kang1_1568710584.jpg


Samun, bunuh, esok samun lagi
Samun, bunuh, esok samun lagi


SEPERTI tidak ambil peduli mereka diburu polis selepas insiden samun dan melepaskan tembakan sehingga seorang warga emas maut di Kangkar Tebrau, Jumaat lalu, dua suspek kes itu sekali lagi melakukan jenayah keesokannya.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mereka menyamun lagi seorang lelaki yang mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Taman Molek.

Bukan itu sahaja, dua suspek terbabit turut melarikan Perodua Myvi dan wang tunai RM150 milik mangsa berusia 32 tahun selepas mengacukan senjata api ke arah mangsa.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis berjaya mengesan kereta mangsa yang dilarikan di Pasir Gudang, kira-kira 12 tengah malam tadi dan mendapati dua suspek lelaki bersama seorang wanita dalam kenderaan itu.

Ketika dihampiri polis, suspek masih bertindak ganas dengan menghimpit dan melanggar kenderaan polis, walaupun sudah diarahkan berhenti.

Melihat keadaan membahayakan pengguna jalan raya menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek untuk memberhentikan kenderaan berkenaan sebelum ia terbabas.

Suspek kemudiannya mengacukan senjata api ke arah polis dan memandangkan kedua-dua mereka disyaki terbabit dalam kes tembakan rambang dan membahayakan, polis melepaskan tembakan ke arah kaki suspek untuk mempertahankan diri menyebabkan kedua-duanya cedera di kaki.

Namun, seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri, manakala seorang lagi ditahan bersama wanita di lokasi kejadian.

Wanita berkenaan dipercayai teman wanita kepada seorang daripada suspek.

Polis turut merampas sepucuk Revolver, sebutir peluru hidup dan Perodua Myvi hasil kegiatan samun Sabtu lalu di Taman Molek.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pada 12.10 tengah malam tadi, suspek yang pada mulanya berjaya meloloskan diri itu berjaya ditahan di sebuah rumah di Plentong selepas Ops Kesan dilancarkan.

“Dengan itu, sebanyak tiga tangkapan dibuat berkait kes samun dan melepaskan tembakan serta kes samun di ATM.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 22 hingga 37 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati suspek wanita tidak terbabit secara langsung dalam dua insiden samun, dia ditahan bagi membantu siasatan kerana berada bersama dua suspek di dalam kenderaan yang sama ketika dikesan.

“Dengan tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan satu kes bunuh dan sekurang-kurangnya lima kes samun bersenjata api yang dilaporkan di sekitar Johor Bahru sejak tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif methamphetamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes samun, pecah rumah dan dadah, termasuk seorang suspek lelaki dikehendaki polis bagi kes samun pada 2007.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960 (Akta Lebih Berat) kerana menggunakan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pada 8.57 malam, Jumaat lalu, dua suspek lelaki melakukan samun di sebuah rumah di Kangkar Tebrau dengan seorang suspek melepaskan satu das tembakan dan terkena kaki kanan seorang remaja lelaki 17 tahun yang juga penghuni rumah.

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan secara rambang ketika melarikan diri daripada rumah itu sebelum terkena kepala seorang warga emas berusia 75 tahun yang duduk di hadapan rumahnya di Jalan Tun Fatimah, berhampiran tempat kejadian, sehingga menyebabkan wanita itu meninggal dunia.


 
Memang pantas pdrm buat kerja tp klau ada rakaman video jadi paling slow dlm dunia hahaha
 
Penjenayah 'Trigger Happy' tumpas

SIDANG_MEDIA_KES_SAMUN_IPD_SERI_ALAdasM_1568714902.jpg

KETUA Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kanan) bersama Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail ketika sidang media mengenai kes samun di Kangkar Tebrau dan Taman Molek yang berjaya ditumpaskan polis di IPD Seri Alam, Pasir Gudang. NSTP/Hairul Anuar Rahim












PASIR GUDANG: Dua penjenayah dikehendaki digelar ‘Trigger Happy’ yang dipercayai melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan seorang warga emas mati dan mencederakan seorang remaja Jumaat lalu, ditahan polis di Pasir Gudang dan Plentong.

Dalam tangkapan pertama kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, polis mengesan kehadiran sebuah kenderaan curi di sekitar Pasir Gudang sebelum cuba menahan Perodua MyVi itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, berkata pemandunya bagaimanapun enggan berhenti, sebaliknya cuba menghimpit dan melanggar kenderaan peronda polis.

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta berkenaan dan menyebabkannya terbabas.

“Sebaik kenderaan itu terhenti, seorang suspek lelaki mengacukan senjata api ke arah polis, menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kaki suspek bagi mempertahankan diri.

“Susulan itu, suspek berkenaan bersama seorang suspek wanita ditahan manakala seorang lagi suspek lelaki dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, suspek lelaki yang meloloskan diri itu dapat ditahan di sebuah rumah di kawasan Plentong kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi

“Terdahulu dua suspek yang terbabit dalam kes samun dan tembakan rambang di Kangkar, Tebrau pada Jumaat lalu, menyamun seorang lelaki kira-kira jam 7.45 Sabtu lalu di mesin ATM sebuah bank di Taman Molek sebelum melarikan kereta MyVi milik mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Jumaat lalu, seorang wanita berusia 75 tahun maut manakala remaja berusia 17 tahun parah selepas masing-masing terkena tembakan di kepala dan kaki yang dilepaskan dua penjenayah di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa dipercayai terkena tembakan rambang yang dilepaskan suspek untuk menyelamatkan diri daripada dikejar orang ramai selepas gagal menyamun sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Kamarudin berkata, polis merampas sepucuk revolver, sebutir peluru hidup dan sebuah kereta MyVi yang dilarikan.

Katanya, tiga suspek berusia 22 hingga 37 tahun itu disahkan positif dadah jenis syabu.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek lelaki mempunyai rekod jenayah samun, pecah rumah dan dadah, malah seorang daripadanya berada dalam senarai dikehendaki.

“Suspek wanita yang juga teman seorang daripada suspek mempunyai rekod dadah namun dipercayai tidak terbabit dalam jenayah samun terdahulu.

“Mereka direman hari ini dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 3 dan 4 Akta Senjata Api 1960,” katanya.












sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/607877/penjenayah-trigger-happy-tumpas
 
bahaya ni perampok pakai pistol
x sempat nak buka kuda2 boleh kena shot
 
ganas betul.. lepas bunuh orang esok boleh sambung merompak..
dah la dekat ngan area aku..

kalau ada gambar suspek sila letak sini.. nak tau gak muka diorg camner.. entah2 aku kenal
 
Back
Top
Log in Register