BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Tumpaskan Kegiatan Pemalsuan Dokumen, Khidmat Urut Warga Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f105fb5ca0de292006834648bdd185a9689c93c66ff6d

--foto Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen (JIM) membongkar kegiatan pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik kedai runcit dan telefon menerusi penahanan 19 warga asing dalam operasi khas di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Isnin lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata dalam operasi pada 8.30 malam, JIM berjaya menahan 16 lelaki warga Bangladesh dan tiga lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun.

Beliau berkata kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengubah suai dan mencetak slip e-PLKS iaitu Pas Lawatan Kerja Sementara dengan menyasarkan warga Bangladesh dan Myanmar yang berada di Lembah Klang.

“Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai membaiki telefon dan kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa.

”Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100 untuk mencetak slip e-PLKS yang diubah suai mengikut pasport pemiliknya yang disyaki tidak memiliki pas yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan semakan awal mendapati dua daripada lelaki warga Bangladesh yang ditahan tinggal lebih masa.

“Seramai 14 lelaki warganegara Bangladesh dan tiga lelaki warganegara Myanmar tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya

Beliau berkata JIM menyita wang tunai berjumlah RM11,357 yang disyaki hasil daripada aktiviti haram, slip e-PLKS, tiga naskhah pasport Bangladesh dan tiga unit komputer riba.

Turut dirampas tiga unit mesin pencetak, tiga unit kamera litar tertutup (CCTV), salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Salinan Lesen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua unit telefon bimbit.

 
Back
Top
Log in Register