BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jihan makin lama makin cantik

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
hi_03.1.jpg



MENYOROTI gambar-gambar terkini pelakon dan pelawak wanita Jihan Musa memang tidak dinafikan, Jihan kini semakin menawan. Berbeza dengan penampilan terdahulunya, memang ada yang kata Jihan kini mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.

Amboi, sampai macam itulah nak kata bagaimana cantiknya Jihan sekarang. Aida ajukan soalan ini kepada Jihan, ialah sudah semakin cantik sekarang mungkin ada rahsia yang mahu dikongsi. Jelas Jihan tidak dinafikan pada awal pembabitannya dia agak kurang bergaya seperti sekarang. Atas kesedaran itu dia tahu penampilan itu elemen penting seseorang artis.

Jadi katanya tidak salah kalau dia cuba berubah ke arah kebaikan. Namun bila sudah cantik dan popular begini, ada pula peminat yang takut Jihan akan berubah dan tidak mahu dikenali sebagai pelawak lagi. Hanya ketawa jelas, Jihan tiada sebab untuk dia melupakan siapa dirinya yang sebenar, jujur Jihan beritahu Aida dia mahu ubah persepsi masyarakat tentang pelawak.

“Kalau kita lihat pelawak di luar negara, penampilan mereka mana ada yang selekeh, semua smart. Tetapi di Malaysia pelawak tidak boleh cantik, kenapa?" tanya Jihan, sinikal.

Ujur Jihan lagi sehingga ke hari ini dia masih menerima watak-watak komedi seperti biasa. Baginya dia tidak akan sesekali meninggalkan bidang ini yang baginya sudah membawa namanya ke peringkat sekarang.

Bagus Jihan, memang itu semangat yang perlu ada di dalam setiap anak seni, ini tidak sudah popular sikit sudah memilih watak. Ada yang paling teruk Aida dengar pilih pengarah. Dengan alasan hanya pengarah yang “itu" sahaja mampu membina watak dia. Bagi Aida pelakon macam ini memang tidak profesional, nampak sangat takut dengan bayang sendiri.

jihan%202.jpg


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140609/hi_03/Jihan-Musa-makin-cantik#ixzz34Faf0N3N
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
tak faham aku...
nak kena baca acap kali ni.
 
Back
Top
Log in Register