BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makin terbuka, Adira beraya dengan si dia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-03-30-at-12.41.41-PM.jpeg

ADIRA memilih untuk tidak berkongsi wajah lelaki misteri tersebut dalam media sosial.

"Makin terbuka, Adira beraya dengan si dia" PETALING JAYA – Semakin terbuka, penyanyi Adira Suhaimi seolah-olah memberi bayangan sudah bertemu ‘jodoh lebaran’ apabila sekali lagi berkongsi gambar dengan seorang jejaka misteri.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu tampak bahagia dapat meraikan Syawal bersama insan istimewa itu.

Biarpun wajah ‘si dia’ dikaburkan selain hantaran di Instagramnya tidak disertakan sebarang kapsyen, perkongsian tersebut tetap memberi petanda hati Adira, 35, sedang berbunga-bunga.

Malah fasa bahagia yang dilalui turut terserlah menerusi pemilihan lagu latar Jangan Berhenti Mencintaiku dendangan penyanyi Indonesia, Ressa Herlambang.

Sebelum ini, pada 24 Mac lalu Adira pernah memuat naik foto lelaki sama dalam Instagram dengan kapsyen ringkas ditulis, ‘Okey, janji last (akhir)’ berserta emoji hati berwarna putih.

Perkongsian manisnya meraih respons ramai termasuk rakan selebriti, Bella Astillah yang turut mendoakan kebahagiaan Adira.

“Selalu doakan kakak saya yang cantik dan baik ini,” tulisnya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balas Adira mengenai lelaki terbabit belum berhasil apabila mesej tidak dibalas.

Terdahulu, Adira pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu sebagai isteri kedua namun mereka bercerai pada April 2024.

Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 4, serta Ayub, tiga tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haha, Adira ni makin open je la. Dah bahagia kan, semua nak share2 kat IG. Tp tula, kadang2 kita pun nak tau jugak siapa yg bertuah dapat hati dia tu hehe. Tengah bahagia, elok la tu.

 
Back
Top
Log in Register