TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menerusi pasar rayanya, Yapeim Smart melaksanakan jihad ekonomi meme*rangi orang tengah dengan membekal dan memasarkan barangan kepada pengguna pada harga rendah.
Presiden dan Penge*rusi Lembaga Peme*gang Amanah Yapeim, Datuk Abd. Malek Awang Kechil berkata, pasar raya Yapeim Smart yang pertama telah dibuka pada akhir November lalu di Guar Chempe*dak, Kedah dan lima lagi cawa*ngan akan dibuka tahun ini, ma*sing-masing di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Katanya, pasar raya itu berperanan menjadi tempat mempamer dan memasarkan produk syarikat bumiputera Islam yang berjaya mencapai standard kualiti yang ditetapkan.
“Yapeim akan bertindak sebagai pengantara atau pemudah cara di antara pembekal, pengedar dan pengguna. Menerusi pembukaan Yapeim Smart, produk atau barangan dapat dipasarkan pada harga rendah.
“Pusat sehenti se*perti ini membantu usahawan bumiputera memasarkan produk mereka selain memudahkan pengguna mendapatkan barangan pada harga rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Program Pemerkasaan Usahawan 2015 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Yapeim, Azli Abdullah.
Menurut Abd. Malek, Yapeim turut merancang memperkenal program Perkasa Usahawan Runcit bagi membantu memperkasakan peruncit bumiputera Islam.
“Menerusi program tersebut, semua peruncit akan diletakkan di bawah pemantauan Yapeim bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka seperti program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/yapeim-jihad-jual-barang-murah-1.64161#sthash.vHBaRekD.dpuf