BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jibreel107 technique

w'salam tt,ni nak kongsi teknik ke ea?:D

ce citer sikit:)cgrock
 
free ke bebayo ni TT...cecite...:D
 
Ni sebenarnya satu teknik yang boleh dijalankan secara manual tapi saya buat attachment tu berdasarkan bagaimana ia boleh diaplikasikan jika dijadikan EA sebab ianya lebih berkesan jika dijalankan oleh EA sebab kita tak boleh nak duduk depan PC 24 jam untuk kawal market & buat pending order on time.

Dan kalau ada sesiapa yang boleh jadikan ia EA jasa baik anda sangat2 saya alukan.
 
Cara teknik ni berfungsi mudah saja.

1. Anda boleh open trade pertama anda dengan melihat candle kedua terkini sama ada bull atau bear. Anda juga boleh open first trade mengguna apa2 kaedah yang anda suka. Jika anda suka guna indicator anda boleh open trade guna stoch, parabolic, MACD, MA dan sebagainya. Timeframe apa-apa pun boleh.

2. Apabila sudah open trade long/short letakkan pending order. Jika first trade long maka pending order perlulah sell stop dan jika first trade short pending order mestilah buy stop. Jumlah lot pending order mestilah lebih besar dari open trade berdasarkan formula:
pending order lot :
latest open trade lot + first open trade lot

Contohnya:

First open trade = 0.50 lot
second open trade = 1.00 lot
third open trade = 1.50 lot
fourth open trade = 2.00 lot
Pending order = 2.50 lot

(anda boleh juga menggunakan kaedah double lot tetapi sangat berisiko jika market terlalu range bound dan modal terlalu kecil)

Teknik ni tidak menggunakan stop loss dan jarak antara open trade dan pending order terpulang pada kebijaksanaan anda. Saya lebih gemar meletakkan 25 pipsteps sebagai jarak antara open trade dan pending order.

Setiap kali market price hit pending order maka pending order baru perlu dibuat berdasarkan pada contoh formula yang diberikan diatas. Proses ini berulang sehinggalah market mula menunjukkan pergerakkan trending atau breakout.

Jangan bimbang jika akaun anda menunjukkan baki negatif/loss kerana ianya normal. Ia berlaku kerana market price masih berada dalam perangkap harga antara open trade long/short dan pending order buy stop/sell stop. Tetapi sebaik sahaja market price mula trending ke sesuatu arah insyaallah anda akan mula profit.

Note*** tidak sesuai untuk pair yang terlalu range bound kerana akan menyebabkan terlalu banyak open trade dan semakin banyak open trade semakin banyak pips yang diperlukan untuk profit.Jangan guna pada GBPUSD kerana terlalu range bound.

Teknik ni baru saja saya cuba dan test lebih kurang 2 minggu setakat ini alhamdulillah profit semuanya. Saya test pada pair EURUSD.

Saya berharap ada sesiapa yang bermurah hati jadikan ianya EA kerana ternik ni paling berkesan jika dijadikan EA kerana kita tak mampu nak duduk depan PC watch market & buat pending order terutamanya semasa breakout.
 
teknik jenis bro cakap nie dah banyak ada .....
 
Oh ye ke...
Maaf la mungkin saya dah lama tak ke carigold forum ni banyak yang dah ketinggalan.:">

Tapi tak apa la buat renungan bagi yang belum tau.:)
 
cam teknik kek martin je?
 
ramai dah ke laut guna teknik mcm ni
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16207
USD / JPY
159.994
GBP / USD
1.34273
USD / CHF
0.78891
USD / CAD
1.39011
EUR / JPY
185.923
AUD / USD
0.71391
Back
Top
Log in Register