BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jet Pejuang TUDM Mendarat Cemas Di KKIA Selepas Alami Masalah Enjin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Jet Pejuang TUDM Mendarat Cemas Di KKIA Selepas Alami Masalah Enjin​

841ca83cab64d9f455c40b1535dbc3ef6693789701efb

F18 Hornet

Sebuah jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi, selepas mengalami masalah enjin.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan hari memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan dalam penerbangan pulang selepas selesai menjalani Latihan Tembakan Udara ke Permukaan waktu malam di Kota Belud, Sabah.

Menurut kenyataan itu juruterbang pesawat telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan prosedur kecemasan sebaik mengesan gangguan pada sistem enjin.

“Sebagai langkah keselamatan, juruterbang telah membuat keputusan untuk mendarat di KKIA. Pesawat itu bagaimanapun dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat pada 7.47 malam,” kata kenyataan itu.

Susulan kejadian berkenaan, TUDM telah mengaturgerakkan pasukan teknikal ke KKIA, bagi melaksanakan proses pemeriksaan menyeluruh serta bantuan teknikal ke atas jet pejuang terbabit.

Pesawat itu dijangka diterbangkan semula ke pangkalan asal selepas semua proses pemeriksaan dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan.

TUDM turut menegaskan aspek keselamatan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap pelaksanaan misi dan latihan yang dijalankan.

 
398706-398706.jpg


Jet pejuang TUDM lakukan pendaratan cemas di KKIA


Kota Kinabalu: Sebuah jet pejuang dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam ini.

Jet pejuang jenis F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dipercayai mengalami masalah teknikal membabitkan enjin kiri atau 'left engine flame out' sebelum berjaya mendarat dengan selamat jam 7.47 malam.

Difahamkan, jet berkenaan kemudian diparkir di Terminal 2 KKIA untuk tindakan lanjut.

Keadaan jet pejuang dilaporkan baik selain kelihatan beberapa jurutera berada di sisi pesawat sejurus selepas pendaratan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, bunyi dentuman kuat yang kedengaran di beberapa kawasan sekitar Sepanggar dan Kota Kinabalu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sehingga ada yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Difahamkan sehingga kini, jet pejuang berkenaan masih berada di kawasan Terminal 2 KKIA sambil dipantau pihak berkaitan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak TUDM berhubung kejadian berkenaan.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register