BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerut leher, kelar dahi sebelum samun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
mangsa_1551773660.jpg


WANITA bukan sahaja kehilangan barang berharga, tetapi turut dikelar dan dijerut penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong Jumaat lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa, Siti Norafizah Mohd Hezri, 21 cedera di bahagian dahi, bibir, dagu dan leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ibu saudara mangsa, Siti Afipah Harun, 35 berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 2 hingga 6 petang ketika dia keluar dan meninggalkan anak saudara serta dua anaknya berusia lima dan setahun.

“Ketika pulang jam 6.50 petang, saya mula pelik apabila mendapati pintu depan rumah terbuka sebelum melihat anak saudara berlumuran darah terbaring di dalam tandas berlumuran darah.

“Saya tergamam apabila melihat keadaan lehernya yang dijerut kain dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketika ini, keadaan anak saudaranya belum stabil dan tidak mampu bertutur dengan jelas.

“Difahamkan, penjenayah berkenaan masuk ke rumah dengan mengatakan kereta

saya yang berada di ruang parkir dilanggar lori sampah menyebabkan anak saudara panik.

“Dia kemudian membuka pintu jeriji untuk melihat keadaan kereta. Bagaimanapun, penjenayah berkenaan menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Anak saudara kehilangan dompet, telefon pintar dan barang kemas. Saya bernasib baik kerana dua anak saya tidak diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pihak polis meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

“Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan polis kini giat mengesan suspek,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/430164/jerut-leher-kelar-dahi-sebelum-samun
 
Last edited:
dah boleh agak bangsa mana kalau jenis samun terus serang bertubi2...dapat patut tembak mati...takyah dakwa dakwi...settle kes
 
dah boleh agak bangsa mana kalau jenis samun terus serang bertubi2...dapat patut tembak mati...takyah dakwa dakwi...settle kes

kalau pukul sampai lunyai boleh x?
 
makin menjadi2 sejak PH memerintah... menunjukkan ramai yang menderita "ekonomi" tak bagus
 
kalau populasi 150 juta keatas, aku x heran sgt byk kes jenayah.

ni Malaysia baru 32 juta populasi. dah sama teruk dgn kes jenayah mcm negara berpopulasi 150 juta keatas. :eek: :eek: :eek:


aku x tau la apa punca dia ni.

aku saspek penagih dadah. ni apa keba.bian Malaysia ni byk sgt kes dadah ni. hoi tolong la, jgn takut sgt nak lapor AADK atau polis kalau ada kawan2 main barang tu.

geram betul la aku ngan kes2 dadah ni.

selain dadah, kes pekerja import dari indon, bangla, myanmar. tolong lah gomen, kawal2 sikit la menatang ni.

kesian la sikit kat Malaysia ni.
 
Back
Top
Log in Register