BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia Utamakan Diplomasi Dan Pencegahan Awal - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia Utamakan Diplomasi Dan Pencegahan Awal - Ahmad Zahid​

36ad5932f832343e1bea26de3054db5f6aaa3c438f289

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat High Level Committee (HLC) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara ke-2, Bilangan 1 Tahun 2026 di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan) dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Malaysia mengutamakan kerjasama diplomatik jangka panjang dan tindakan pencegahan awal berbanding mengemukakan tuntutan pampasan terhadap negara jiran dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara berkata pendekatan diplomatik berhemah dan berstruktur merupakan langkah paling berkesan bagi mengelakkan isu sensitif antara negara anggota ASEAN, selain memastikan koordinasi teknikal dapat dilaksanakan secara optimum.

"Memang kalau kita meminta pampasan, ia bukan satu pertanggungjawaban muktamad yang harus ditanggung oleh mana-mana negara, tetapi apabila pencegahan dilakukan lebih awal, tidak perlu perkara yang menyentuh soal-soal sensitif antara negara ini berlaku.

"Langkah-langkah diplomatik harus dilakukan selain usaha-usaha teknikal antara pegawai di mana-mana negara jiran dan negeri-negeri di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara Bilangan 1 Tahun 2026 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia berhasrat mengetengahkan isu kerugian negara, khususnya dari sudut ekonomi, kesihatan dan pelancongan berikutan jerebu rentas sempadan kepada kerajaan Indonesia.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang turut hadir.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata isu jerebu rentas sempadan akan dibangkitkan secara rasmi dalam lawatan kerja beliau ke Jakarta bermula esok hingga 20 Sept ini bersempena dengan Persidangan Halal-20: Sidang Kemuncak Halal Dunia ke-5 2026 (Summit H20).

“Hal itu (isu jerebu rentas sempan) antara topik yang akan dibincangkan dengan Menteri Lingkungan Hidup atau Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (dalam konteks Malaysia). Ada tujuh menteri yang akan berbincang dengan saya termasuk yang lain seperti sektor halal dan sebagainya.

“Antara topik yang penting ialah masalah jerebu yang akan saya bincangkan dan koordinasikan dengan Bapak Gibran (Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka),” katanya.

 
Back
Top
Log in Register