BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu: Pengguna motor edarkan topeng

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



KEADAAN jerebu yang semakin teruk mungkin menyebabkan seorang pengguna jalan raya prihatin dan membuat inisiatif sendiri dengan mengedarkan topeng muka di jalan raya.

Melalui sebuah perkongsian oleh Saat di laman Facebook, seorang lelaki yang menggunakan motorsikal memberikan beliau topeng muka sewaktu berhenti di perhentian trafik menuju ke Shah Alam.

"Dalam raga dia ada sekotak mask yang aku rasa dia akan bagi kepada rider (penunggang motor) yang tiada mask" kata Saat.

"Semoga Tuhan merahmatinya diatas niat baik dan murninya tu," akhiri beliau.

Perkongsian tersebut disambut baik oleh pelayar lain dan sebahagiannya terharu dengan tindakan murni berkenaan.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 12 kawasan di Semenanjung dan Sarawak, hari ini.

Setakat 5 petang, empat negeri yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat adalah Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
 
bagus la buat amal jariah camnih,
dapat pahala free..
 
Apa salahnya kalau kerajaan bekalkn utk semua org , cth, nk dpt ambil kt klinik brdekatan.
 
Apa salahnya kalau kerajaan bekalkn utk semua org , cth, nk dpt ambil kt klinik brdekatan.

mmg benda tu boleh amek kt klinik kerajaan pon.. utk kawasan yg teruk.. bergantung pada stok.. tapi surgery mask yg biasa tu je
 
mmg benda tu boleh amek kt klinik kerajaan pon.. utk kawasan yg teruk.. bergantung pada stok.. tapi surgery mask yg biasa tu je

aku kalo pakai surgery mask tu ok lagi, tp kalo pakai mask yg jerubu punya tu xleh nafas aku.. btw surgical mask tu bukan mask yg baik untuk tapis jerubu...
 
aku kalo pakai surgery mask tu ok lagi, tp kalo pakai mask yg jerubu punya tu xleh nafas aku.. btw surgical mask tu bukan mask yg baik untuk tapis jerubu...

Lama2 biasa lah...awal2 mmg tak berapa selesa..:)cgrock
 
Kenapa rider plak yang bekalkan.. Mana pemuda umn0? Mana persatuan ngo yang kalut sebelum ni kat berita? Mana parti politik? Hehehe
 
Back
Top
Log in Register