BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,157.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerat kenalan Facebook

bahana laman sosial...mcm2 blh jd. lain kali selidik dulu btl2 dgn sape kita berkwn dkt internet ni. jgn main terjah jee, baru kenal satu dua hari dah ajak jmpa. ermm...ape2 pun ambik ikhtibar untuk smua termasuk diri sy sendiri
 
KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.


MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng. Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.

Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.


“Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.


“Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.


“Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui.


Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.


“Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi,” katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.


“Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.


“Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan,” katanya.


Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala manakala ibu jari kakinya hampir hancur manakala abangnya turut dirawat di hospital sama akibat kecederaan di dagu. Bapanya, Farhan dan dua anggota polis pula hanya cedera ringan.


Sementara itu, Mohd Nazren berkata, dia yang ketika itu sudah lemah dibelasah teruk kumpulan terbabit tiba-tiba melihat dua daripada mereka mengambil sebatang besi dan menghentak kepalanya hingga pengsan.


“Apa yang dikesalkan, saya dapat melihat orang awam di sekitar medan selera itu turut membelasah kami, malah ada antara mereka yang memakai ‘apron’ dapur semata-mata untuk menyertai ‘pesta’ berkenaan. Mereka sepatutnya membantu kami, bukannya menyokong kumpulan samseng berkenaan.


“Saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan dengan kepala berlumuran darah dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku, saya sedih kerana abang turut dimasukkan ke wad hanya kerana ingin membantu saya,” katanya.

ganas2....:o
 
hahahaha,penangan FB bahaya betul,cmne boleh kantoi ngn balak dia
 
Tu ler.. kalau pompuan kenal kat facebook.. bukan leh percaya.. penipu besorr... Lagi satu, tak logik pompuan yang baik mau jumpa jam 2 pagi... tu dah nampak macam tak betul.. so.. fikir-fikirkan lah ...
 
aku rasa....dia tetap bersalah..kul 2 pg mesti berbau lucahhhh
 
x tahu nak kata apa....metaliti lebih teruk dari org utan....menbelasah je...kot yer pun siasat la ape puncanyer...
 
ya itu dia penangan yahudi...jenayah2 yg berpunca dari facebook yahudi.

kalau ko nk salahkan facebook sbb yahudi punye, rasanya baik salahkan kewujudan komputer..bkn yahudi gak ke yg buat??:-?:-?
 
kalau ko nk salahkan facebook sbb yahudi punye, rasanya baik salahkan kewujudan komputer..bkn yahudi gak ke yg buat??:-?:-?

hehe bro... kalo komputer tak salah.... dia akan salahkan h/p pulak... :eek: :eek: :eek:
 
moral of the story jgn mempercayai kenalan yg baru kenal di FB 100%...bahaya woo...lg kalau pompuan yg senang2 je nk jumpa dgn kita.mesti ada udang terselit di dlm mee...:)):))
 
polis pon di lanyak nyer ker...

berani gilers....
ni mmg samseng dah nih...
 
Back
Top
Log in Register