BTC USD 86,273.8 Gold USD 4,152.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerat kekasih siber

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Cinta sejati yang dicari sebaliknya bertukar tragedi hitam buat seorang gadis tempatan apabila ditipu ‘kekasih siber’ dikenali menerusi laman sembang internet selepas dijanjikan hadiah wang tunai RM400,000 sebagai bukti cinta diikat sejak sebulan lalu.
Suspek yang menyamar jutawan syarikat petroleum itu menipu mangsa lebih RM11,000 selepas mendakwa cuba memindahkan wang berkenaan dari United Kingdom ke akaun bank mangsa di Malaysia.


Ah Soo, 25, berkata, penipuan terancang itu bermula selepas dia berkenalan dengan seorang lelaki misteri melalui satu laman web Februari lalu.


Menurutnya, dia mula terpikat dengan lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Joe Richard, 29, dari Liverpool, United Kingdom.


“Dia bijak bermain kata-kata hingga saya jatuh cinta sebelum kami menjalin hubungan lebih intim melalui laman sembang di Internet serta perbualan di telefon.


“Saya terkejut apabila Joe tiba-tiba menghubungi saya pada 27 Mac lalu dan memberitahu akan memberikan wang RM400,000 sebagai bukti cinta,” katanya, Menurutnya, Joe memberitahu wang itu akan dihantar melalui kedutaan British di Malaysia dan pihak kedutaan akan menghubunginya kelak bagi urusan penyerahan wang terbabit.

“Dua hari kemudian, saya menerima panggilan telefon dari seorang lelaki bernama Charles yang mendakwa kakitangan kedutaan Britain di sini. Lelaki itu meminta saya membayar RM3,500 sebagai kos pemprosesan bagi memindahkan wang berkenaan.


“Saya memasukkan wang diminta menerusi akaun bank tempatan seperti diarahkan suspek. Bagaimanapun, lelaki terbabit sekali lagi meminta saya membayar RM7,600 selain menghantar salinan Mykad. “Saya memasukkan wang itu melalui mesin deposit sebuah bank di Pandan Jaya, Ampang sebelum diminta menunggu sehari lagi.


“Penipuan itu berterusan apabila saya menerima khidmat pesanan ringkas SMS daripada Charles mengucapkan tahniah dan memberitahu wang itu sudah dipindahkan ke Bank Negara dan bakal diserahkan kepada saya tidak lama lagi,” katanya.


Bagaimanapun, seorang wanita Melayu yang memperkenalkan diri sebagai Fina menghubunginya kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin dan memberitahu Bank Negara sedang bersiap sedia memindahkan wang RM400,000 itu ke dalam akaun miliknya.


“Namun wanita yang mendakwa sebagai kakitangan Bank Negara itu meminta saya memberikan tiga digit kod rahsia bagi membolehkan pemindahan dilakukan.

“Fina kemudian mengarahkan saya menghubungi Charles untuk mendapatkan nombor kod terbabit.


Apabila dia menghubungi Charles, lelaki itu memintanya membayar RM25,000.


“Saya memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu, namun Charles enggan menerima alasan dengan bertanya berapa banyak wang saya ada.


“Saya memberitahu hanya memiliki RM1,500, namun lelaki terbabit memberitahu jumlah itu terlalu kecil,” katanya.


Dia kemudian mendapatkan nasihat seorang pengurus bank sebelum diberitahu dia hanya perlu mengisi borang penerima perakuan di Bank Negara tanpa perlu menyerahkan sebarang kod nombor.


“Saya menghubungi Bank Negara dan bertanyakan berhubung proses pemindahan wang terbabit. Namun, saya terkejut apabila dimaklumkan tiada sebarang urusan pemindahan wang seperti dimaksudkan itu.


“Malah, nama Fina juga tidak wujud sama sekali. Baru saya sedar saya ditipu teman lelaki yang dipercayai turut bersubahat dengan beberapa individu lain,” katanya.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah sebelum membuat aduan di Biro Aduan MCA, semalam.


Berikutan itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong menemui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani untuk berbincang berhubung kes penipuan itu.


Difahamkan sehingga kini lebih 15 kes penipuan sama sudah dilaporkan kepada MCA sejak tahun lalu membabitkan jumlah kerugian berpuluh ribu ringgit dipercayai didalangi warga Afrika.
 
perempuan kita gila duit... masih tak serik² dan tak sedar lagi.
 
ape punya pompuan la..senang kena scam..
 
hahaha tamak punya pasal...tak pasal2 rugi duit..bengong2
 
Back
Top
Log in Register